Panduan Langkah Demi Langkah Melancarkan Google Ads Search

Adakah anda pernah terfikir untuk mengiklankan perniagaan atau produk anda di internet? Well, jangan risau! Google Ads Search adalah satu platform yang hebat untuk membantu anda mendapatkan lebih banyak pengunjung ke laman web anda. Jadi, dalam artikel ini, saya akan membincangkan cara menjalankan iklan Google Ads Search langkah demi langkah. Jom kita mula!

KEMPEN GOOGLE ADS

Dr. Kay

9/2/202311 min read

iklan carian google
iklan carian google

Pengenalan kepada Google Ads Search

Sebelum kita terjun ke dalam langkah-langkah, mari kita fahami terlebih dahulu apa itu Google Ads Search. Ia adalah platform pengiklanan yang membolehkan iklan anda dipaparkan di hasil carian Google apabila seseorang mencari perkataan kunci yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Iklan anda akan ditandakan dengan perkataan 'sponsored' seperti di bawah.

Berikut merupakan beberapa komponen asas Google Ads Search yang akan membantu anda memahami bagaimana platform ini berfungsi.

  1. Kata Kunci: Ini adalah perkataan atau frasa yang anda pilih sebagai penanda untuk iklan anda. Iklan anda akan muncul apabila pengguna melakukan carian yang sepadan dengan kata kunci yang anda tetapkan.

  2. Iklan Teks: Ini adalah bahagian yang sebenarnya yang dilihat oleh pengguna apabila iklan anda dipaparkan. Ia terdiri daripada tajuk iklan (headline) dan teks iklan (body text). Tajuk iklan anda perlu menarik perhatian, manakala teks iklan perlu memberikan maklumat yang relevan mengenai produk atau perkhidmatan anda.

  3. Pautan (URL): Ini adalah pautan yang mengarahkan pengguna ke laman web anda apabila mereka mengklik iklan anda. Ia perlu sesuai dengan laman web yang berhubung dengan iklan tersebut.

  4. Assets: Anda boleh menambahkan skor kualiti kepada iklan dengan menambah 'assets' penting seperti sitelink, panggilan, kajian, dan lokasi ke iklan anda. 'Assets' ini membantu meningkatkan visibiliti iklan anda dan memberikan lebih banyak maklumat kepada pengguna.

  5. Kumpulan Iklan (Ad Group): Kata kunci dan iklan anda biasanya dikelompokkan dalam kumpulan iklan yang berkaitan. Ini membantu anda mengatur kempen anda dengan lebih baik dan menyasarkan audiens yang lebih sesuai. Untuk lebih memahami tentag struktur iklan Google, sila baca artikel ini -> Memahami komponen dan struktur penting Google Ads.

  6. Penentuan Bajet: Anda perlu menetapkan bajet harian atau bulanan yang anda bersedia belanjakan dalam kempen Google Ads Search anda. Ini akan mempengaruhi seberapa kerap iklan anda akan dipaparkan.

  7. Pembayaran per Klik (CPC): Anda membayar kepada Google apabila seseorang mengklik iklan anda. CPC ini adalah jumlah yang anda akan bayar setiap kali iklan anda ditekan oleh pengguna.

  8. Pengukuran dan Analisis: Google Ads Search menyediakan pelbagai alat analisis untuk membantu anda memahami bagaimana kempen anda berfungsi. Anda boleh melihat statistik seperti jumlah klik, kos per klik, dan kadar penukaran (konversi). Ini membolehkan anda mengukur prestasi kempen anda dan membuat penyesuaian jika perlu.

  9. Pengoptimuman Kempen: Optimumkan kempen anda dengan menguji berbagai elemen, seperti teks iklan, kata kunci, dan kawasan sasaran. Ini membantu anda mengenal pasti apa yang berfungsi dengan baik dan memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI) anda.

Dengan pemahaman ringkas tentang komponen Google Ads, saya percaya ia dapat membantu anda merangka iklan dengan lebih mudah dan berkesan. Sekarang, saya akan ajar pula langkah demi langkah melancarkan iklan di Google Ads search, dan dimanakah sebahagian komponen-kompoen di atas akan digunakan.

Langkah Demi Langkah Melancarkan Kempen Google Ads Search

Perkara Pertama Yang Anda Perlu Lakukan Adalah Daftar Akaun Google Ads:

  • Pergi ke laman web Google Ads (https://ads.google.com).

  • Daftar akaun atau log masuk jika anda sudah mempunyai satu.

  • Selepas berjaya melakukannya,barulah anda ikut langkah demi langkah seperti ditunjukkan di gambarajah di bawah.

iklan carian google
iklan carian google

Langkah Pertama: Tetapkan Objektif

Apa yang anda ingin capai dengan kempen carian Google Ads anda? Adakah anda ingin meningkatkan trafik laman web, menjana lead, atau meningkatkan jualan?

Contoh; TMI Autosport adalah syarikat penjual pelbagai koleksi kereta-kereta recondisi berjenama yang diimport dari UK dan Jepun. Mereka berhasrat untuk mengiklankan kereta-kereta mereka melalui Google Ads Search bagi mendapatkan jualan. Memandangkan ini adalah kempen iklan mereka yang pertama, maka mereka memilih 'website traffic' untuk mewujudkan kesedaran audien tentang perniagaan mereka.

Pilih jenis kempen:

Seterusnya, anda perlu memilih satu daripada 6 jenis kempen Google Ads. Memandangkan artikel ini adalahberkaitan dengan Google Ads Search, maka anda perlu klik kempen Google Ads Search. Untuk faham tentang perbezaan di antara jenis-jenis kempen iklan yang ditawarkan oleh Google, anda boleh baca artikel saya -> Jenis-jenis pengiklanan di Google Ads.

Anda juga dikehendaki untuk memasukkan alamat laman pendaratan anda. Laman pendaratan bermaksud lokasi dimana audien akan dibawa selepas mereka menklik iklan anda. Laman pendaratan ini biasanya adalah laman web anda sendiri. Namun begitu; ada sesetengah pengiklan menggunakan kedai mereka di Shopee atau laman media sosial sebagai laman pendaratan mereka. Ini boleh berlaku apabila mereka tidak mempunyai laman web mereka sendiri.

iklan carian google
iklan carian google
iklan carian google
iklan carian google
iklan carian google
iklan carian google

Langkah ke-2: Pilih Katakunci

Kata kunci apa yang berkaitan dengan perniagaan anda dan audiens sasaran anda? Anda boleh menggunakan Google Keywords Planner untuk membantu anda mencari kata kunci yang berkaitan. Bagaimanapun, anda hanya di beri capaian ke Google Keywords Planner selepas anda berjaya melancarkan iklan yang pertama. Tetapi, sekiranya anda baru nak mula melancarkan kempen iklan, anda perlu menggunakan kaedah-kaedah lain untuk mencari kata kunci terbaik untuk iklan anda. Sila baca artikel-artikel berkenaan kata kunci yang telah saya sediakan di bawah:

Kata kunci di dalam Google Ads: Peranannya di dalam kejayaan kempen pengiklanan

Peranan kata kunci (keywords) di dalam pemasaran digital

Di dalam kes TMI Autosport, mereka telah memilih katakunci-kata kunci di bawah bagi kempen ini (ditandakan dengan warna kuning). Pemilihan ini adalah berdasarkan volume carian yang agak tinggi, jumlah persaingan yang rendah dan sederhana serta harga kos per klik yang dianggap musahabah.

iklan carian google
iklan carian google

Langkah ke-3: Pilih Kaedah Dan Nilai Bidaan

Ada beberapa pilihan kaedah membida yang boleh dipilih. Antaranya; nilai konversi, konversi, kos per klik dan 'impression share'.

TMI Autosport memilik kos per klik iaitu hanya membayar kepada Google apabila iklan mereka di klik oleh audien. Bagaimanapun, nilai maksimum kos per klik yang ditetapkan oleh MI Autosport hanyalah RM5 sahaja. Ini bermakna mereka tidak akan turut serta di dalam persaingan bagi nilai bidaan melebih jumlah RM5 tersebut.

Untuk lebih memahami tentang strategi pembidaan di Google Ads, boleh baca artikel ini -> Ketahui strategi penetapan harga bidaan di Google Ads.

iklan carian google
iklan carian google

Langkah ke-4: 'Campaign Setting'

Langkah seterusnya adalah 'campaign setting' dengan membuat keputusan terhadap 5 perkara seperti di bawah:

Network: Network atau jaringan carian dalam Google Ads adalah rangkaian laman web di mana iklan anda muncul apabila seseorang mencari perkataan kunci atau frasa yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan. Ia merupakan sebahagian daripada platform pengiklanan dalam talian Google yang membolehkan anda menayangkan iklan anda kepada orang yang sedang mencari maklumat atau produk yang serupa dengan yang anda tawarkan.

Jaringan carian Google terdiri daripada dua bahagian utama:

  1. Rangkaian Carian Google (Google Search Network): Ini adalah bahagian utama di mana iklan anda akan muncul dalam hasil carian Google. Apabila seseorang mencari sesuatu di enjin carian Google, iklan anda boleh muncul di bahagian atas atau bawah halaman hasil carian, bersama-sama dengan hasil organik yang relevan. Iklan yang muncul di sini biasanya berbentuk teks dan terdiri daripada tajuk, teks iklan, dan pautan ke laman web anda.

  2. Rangkaian Tampilan Google (Google Display Network) adalah satu platform pengiklanan dalam talian yang disediakan oleh Google. Ia membolehkan pengiklan menayangkan iklan mereka di laman web dan aplikasi yang menjadi sebahagian daripada rangkaian ini. Berbeza dengan Rangkaian Carian Google yang menunjukkan iklan di hasil carian, Rangkaian Tampilan Google menampilkan iklan dalam bentuk pelbagai format seperti banner, video, teks, dan imej di laman web yang berada dalam rangkaian ini.

    Rangkaian Tampilan Google terdiri daripada berjuta-juta laman web dan aplikasi yang tersebar di seluruh internet. Ia membolehkan pengiklan untuk menjangkau audiens yang lebih luas daripada yang mungkin dilakukan melalui Rangkaian Carian Google.

    Rangkaian Carian Google (Google Search Partners) pula merujuk kepada rangkaian laman web dan enjin carian lain yang bekerjasama dengan Google untuk menayangkan iklan. Ini termasuk laman web antarabangsa seperti Amazon dan laman web berita tempatan yang menggunakan Google AdSense. Iklan anda boleh muncul di laman web-laman web ini jika ia berkaitan dengan kandungan atau carian pengguna.

    Memandangkan bajet pengiklanan yang terhad dan keberkesanan Google Search partners and Google Display Netwrk yang diragui, maka pihak TMI Autosport telah mengabaikan kedua-dua pilihan ini ('untick kedua-duanya').

iklan carian google
iklan carian google

Locations : Lokasi atau locations merujuk kepada kawasan geografi di mana iklan anda akan dipaparkan kepada pengguna dalam rangkaian Google. Anda boleh menentukan lokasi-lokasi khusus di mana anda ingin iklan anda muncul, atau anda boleh memilih untuk mengira keseluruhan kawasan tertentu. Ini adalah penting kerana ia membantu anda menyasarkan audiens yang tepat dan meningkatkan keberkesanan kempen anda.

Terdapat beberapa pilihan penting berkaitan lokasi dalam Google Ads:

  1. Lokasi Sasaran: Anda boleh memilih negara, negeri, bandar, atau wilayah yang ingin anda sasarkan. Ini membolehkan anda mengawal di mana iklan anda akan dipaparkan.

  2. Radius Sekitar Lokasi: Anda boleh menentukan radius geografi dari alamat fizikal tertentu untuk menyasarkan orang-orang yang berada dalam kawasan berhampiran dengan lokasi tersebut.

  3. Jenis Lokasi: Anda boleh memilih jenis lokasi tertentu seperti restoran, hotel, atau hospital untuk memastikan iklan anda hanya muncul kepada orang yang mencari jenis perniagaan atau perkhidmatan tertentu.

  4. Pengecualian Lokasi: Anda juga boleh mengecualikan lokasi tertentu jika anda tidak mahu iklan anda muncul di sana.

Menggunakan lokasi dengan bijak dalam kempen Google Ads adalah penting kerana ia membantu anda menyasarkan audiens yang paling berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan pembaziran dan meningkatkan keberkesanan kempen anda dalam mencapai matlamat perniagaan anda.

Languages: Bahasa atau languages merujuk kepada bahasa-bahasa yang digunakan oleh audien ketika mereka mencari atau melayari laman web. Anda boleh memilih bahasa-bahasa tertentu di dalam kempen anda supaya iklan anda hanya dipaparkan kepada orang-orang yang menggunakan bahasa tersebut di dalam aktiviti mereka dalam talian. Ini adalah penting kerana ia membantu anda memastikan iklan anda efektif dalam menyasar audiens yang paham dan selesa dengan bahasa iklan anda.

Audience: Audien merujuk kepada kumpulan orang atau audien yang anda ingin sasarkan untuk iklan anda. Ini melibatkan pemilihan ciri-ciri demografik, minat, tingkah laku, atau jenis audiens tertentu yang anda ingin paparkan iklan anda kepada mereka. Memahami audiens anda adalah kunci untuk meningkatkan keberkesanan kempen Google Ads anda. Berikut adalah beberapa aspek penting berkaitan audience dalam Google Ads:

  1. Demografi: Anda boleh menentukan audiens berdasarkan faktor-faktor seperti umur, jantina, pendapatan, status perkahwinan, dan lokasi geografi. Ini membantu anda menyasar orang yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan anda.

  2. Minat: Anda boleh menyasarkan audiens berdasarkan minat dan hobi mereka. Contohnya, jika anda menjual peralatan mendaki, anda boleh menyasar mereka yang mempunyai minat dalam aktiviti luar.

  3. Tingkah Laku dalam Talian: Google Ads membolehkan anda mengeksploitasi data tingkah laku dalam talian pengguna. Anda boleh menyasarkan orang yang telah melakukan tindakan tertentu dalam talian, seperti mencari produk serupa atau mengunjungi laman web anda sebelum ini.

  4. Jenis Peranti: Anda boleh menyasarkan pengguna berdasarkan jenis peranti yang mereka gunakan, seperti telefon pintar atau komputer jinjing. Ini penting jika anda mempunyai strategi yang berbeza untuk pengguna peranti berbeza.

Broad Match Keywords: Istilah "kata kunci pemadanan meluas" atau 'broad match keywords' merujuk kepada jenis pencarian kata kunci yang membolehkan iklan anda dipaparkan kepada pelbagai variasi kata kunci yang berkaitan, termasuk perkataan yang mirip atau berkaitan dengan kata kunci asal anda. Ini bermaksud iklan anda boleh muncul dalam hasil carian yang mungkin tidak mencakup perkataan kunci asal anda secara tepat.

Contoh: Jika anda menetapkan "kasut sukan" sebagai kata kunci pemadanan meluas, iklan anda mungkin dipaparkan kepada orang yang mencari "kasut untuk berlari" atau "kasut olahraga" kerana kata kunci tersebut berkaitan dengan "kasut sukan."

Kelebihan kata kunci pemadanan meluas adalah ia membolehkan iklan anda mencapai audien yang lebih luas, termasuk mereka yang mungkin menggunakan variasi kata kunci di dalam carian mereka. Namun, ia juga boleh menghasilkan trafik yang kurang berkualiti j dan kos pengiklanan yang tinggi ika tidak diurus dengan baik, kerana iklan anda boleh muncul dalam hasil carian yang tidak relevan.

[TIP PAKAR]: Abaikan penggunaan broad match keywords. Sebaliknya, guna 'phrase keywords' atau exact match'. Baca artikel ini untuk lebih memahami tentang kata kunci di Google Ads -> Kata kunci Di Dalam Google Ads: Peranannya Di Dalam Kejayaan Kempen Pengiklanan

Langkah ke-5: Menulis Teks Iklan

Langkah seterusnya dan yang paling penting di dalam kempen Google Ads adalah penulisan teks iklan anda sendiri!. Di dalam menulis teks iklan yang mempunyai faktor 'wow' dan boleh menyumbang kepada kualiti skor yang tinggi, pemilihan tajuk dan juga deskripsi iklan mempunyai pengaruh yang sangat signifikan. Sebab itu, anda perlu tahu taktik-taktik menulis iklan dan deskripsi iklan yang efektif. Untuk mengetahuinya, anda boleh baca artikel ini -> Ketahui bagaimana kedudukan iklan Google Ads anda ditetapkan di hasil carian pengguna.

Headlines:Anda dikehendaki menulis sekurang-kurangnya 3 tajuk (maksimum 15 tajuk) dengan had setiap satunya adalah 30 aksara. Saya telah sediakan panduan menulis tajuk iklan yang efektif. Anda boleh bacanya di sini -> Panduan menulis tajuk iklan yang berkesan.

Description: Anda juga dikehendaki menulis sekurang-kurangnya 2 deskripsi iklan (maksimum 4 deskripsi). Berikut merupakan tip-tip menulis deskripsi yang efektif untuk Google Ads:

  • Gunakan kata kunci yang relevan. Kata kunci yang anda gunakan dalam deskripsi iklan anda haruslah relevan dengan kata kunci yang orang cari. Ini akan membantu iklan anda muncul lebih relevan dan mendapat lebih banyak klik.

  • Pastikan deskripsi anda ringkas dan padat. Deskripsi iklan Google Ads mempunyai had 90 karakter, jadi penting untuk memastikan deskripsi anda ringkas dan mudah dibaca.

  • Berikan maklumat yang bermanfaat. Deskripsi iklan anda harus memberikan maklumat yang bermanfaat kepada orang yang melihatnya. Ini akan membantu mereka untuk memutuskan sama ada mereka ingin mengklik iklan anda.

  • Gunakan kata-kata yang kuat. Kata-kata yang kuat dapat menarik perhatian orang dan membuat mereka ingin mengklik iklan anda. Contohnya, anda boleh menggunakan kata-kata seperti "bebas", "jimat", "mudah", atau "terjamin".

  • Ajak orang untuk bertindak. Deskripsi iklan anda harus mengajak orang untuk bertindak, seperti mengklik iklan anda, mengunjungi laman web anda, atau menelefon anda. Contohnya, anda boleh menggunakan kata-kata seperti "klik di sini", "pelajari lebih lanjut", atau "hubungi kami hari ini".

  • Kreatif. Jangan takut untuk menjadi kreatif dengan deskripsi iklan anda. Semakin unik dan menarik deskripsi anda, semakin besar kemungkinannya untuk menonjol dari persaingan.

Contoh:

  • "Beli kereta terpakai import berkualiti tinggi dari UK dan Jepun dengan harga yang berpatutan."

  • "Dapatkan diskaun sehingga 20% untuk semua kereta terpakai import kami."

  • "Perkhidmatan penghantaran dan pemasangan percuma untuk semua pembelian kereta terpakai import kami."

  • "Jual beli kereta terpakai import secara online dengan mudah dan cepat."

  • "Pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan kami."

[TIP PAKAR]: Skor kualiti iklan (Ad Strength) dinilai berdasakan faktor-faktor berikut:

  • Kuantiti tajuk yang diberikan

  • Relevansi kata kunci dimasukkan ke dalam tajuk

  • Keunikan tajuk

  • Keunikan deskripsi

Sebaik-baiknya skor kualiti iklan perlu mencapai status baik dan skor pengoptimaan mencapai markah 80%. Namun begitu, Google memberikan skor ini antaranya berdasarkan penggunaan kata kunci yang dicadangkan oleh Google ke dalam tajuk iklan. Anda perlu tahu bahawa sesetengah kata kunci yang dicadangkan tersebut kurang relevan dengan iklan anda, jadi jangan gunakannya. Jangan risau kalau skor iklan anda rendah, kerana yang penting anda tahu apakah kata kunci yang terbaik untuk anda gunakan (bukan atas apa yang Google cadangkan semata-mata).

iklan carian google
iklan carian google
iklan carian google
iklan carian google

Assets: Selepas anda berjaya menyempurnakan kata kunci, tajuk dan deskripsi iklan, langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah dengan memasukkan 'Assets' ke dalam iklan anda. 'Asset' ini dahulunya dikenali sebagai 'Ads Attention' iaitu menambahan kepada kualiti iklan. Ada banya jenis 'Asset' boleh anda gunakan.

iklan carian google
iklan carian google

Langkah Ke-6: Tetapkan Bajet Iklan

Langkah terakhir sebelum anda hantar iklan anda untuk di review oleh Google adalah dengan menetapkan bajet harian anda, bulanan atau bajet keseluruhan kempen. Untuk mengetahui kaedah menetapkan bajet iklan di Google Ads, anda boleh baca artikel yang telah saya sediakan di sini -> 5 langkah mengira bajet iklan di Google.

iklan carian google
iklan carian google

Kesimpulan

Pembuatan kempen Google Ads Search adalah satu proses yang berstruktur dan berpandu yang memerlukan perancangan, penelitian, dan pemantauan yang teliti. Dengan mengikuti langkah-langkah yang tepat, anda boleh membina kempen iklan yang berkesan untuk meningkatkan visibiliti perniagaan anda di dalam hasil carian Google.

Dalam artikel ini, kita telah melihat langkah-langkah utama dalam mencipta kempen Google Ads Search, termasuk pemilihan kata kunci, pemilihan audien sasaran, penulisan iklan yang menarik, dan penentuan bajet. Adalah sangat penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan iklan anda, ukur prestasinya dan optimakan kempen anda secara berkala untuk mencapai hasil yang lebih baik.

Terakhir, ingatlah bahawa kejayaan kempen Google Ads Search bukan sahaja bergantung kepada struktur teknikal, tetapi juga kepada pemahaman mendalam mengenai audiens sasaran anda dan kebolehan untuk menyesuaikan strategi anda mengikut keperluan mereka. Dengan kesabaran, ujian, dan penambahbaikan berterusan, anda boleh mencapai matlamat perniagaan anda melalui kempen Google Ads yang berjaya. Semoga artikel ini dapat membantu anda memulakan perjalanan anda ke dalam dunia iklan dalam talian yang berjaya.

Baca artikel-artikel yang berkaitan

Katakunci di dalam Google Ads: Peranannya di dalam kejayaan kempen pengiklanan

Jenis-jenis pengiklanan di Google Ads

5 langkah mengira bajet iklan di Google

Panduan menulis tajuk iklan Google yang menarik

Bagaimana iklan carian di Google berfungsi

Memahami komponen dan struktur penting Google Ads

Bagaimana untuk mengukur prestasi iklan di Google Ads

Ketahui bagaimana kedudukan iklan Google ditetapkan di hasil carian pengguna

Ketahui strategi menetapkan harga bidaan di Google Ads untuk meningkatkan kejayaan kempen

Retargeting: Keperluannya dan kaedah melaksanakannya