Optimakan Google Business Profile Restoran Anda Untuk Tarik Pelanggan Datang Berduyun-duyun
Dapatkan konsultansi percuma dan lihat bagaimana Google Business Profile yang lengkap dan cantik boleh mengubah restoran anda menjadi destinasi pilihan utama pelanggan!
Kenapa Google Business Profile Penting Untuk Restoran Anda?
Trend zaman sekarang, kalau pelanggan nak cari tempat makan best di suatu kawasan, mereka akan buat carian di Google. Sebagai contoh, seseorang nak cari restoran terbaik di Batu Pahat, maka orang itu akan menaip di Google dengan terma carian "best restaurant in Batu Pahat".
Katakan anda adalah peniaga restoran di Batu Pahat dan anda mendapati restoran anda tidak disenaraikan di tangga-tangga teratas hasil carian pelanggan di Google, maka tentunya anda akan kehilangan pelanggan-pelanggan tersebut. Betul tak?
Ok..katakanlah restoran anda dijumpai oleh pelanggan di hasil carian Google mereka. Tetapi, bila mereka tengok profil perniagaan anda hodoh, tidak menarik, dan tidak lengkap, tentunya mereka akan pergi ke restoran lain yang mempunyai profil yang lebih mengujakan. Ingat! profil anda adalah TANGGAPAN PERTAMA PELANGGAN, dan daya tarikan penting untuk pelanggan datang mencuba masakan-masakan enak anda.
Imej di atas adalah contoh Google Business Profile yang dipaparkan di hasil carian pelanggan di Google.
SOLUSI YANG KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA
Tarik Lebih Ramai Pelanggan: Kami akan bantu restoran anda lebih mudah ditemui di carian Google dan Google Maps, menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan datang ke restoran anda.
Tanggapan Pertama Yang Menarik: Kami akan bantu anda membuat Google Business Profile yang mempunyai maklumat yang lengkap dan tepat, serta menarik sehingga mampu membuat pelanggan yakin dan teruja untuk datang ke restoran anda.
Ulasan Pelanggan Yang Banyak: Kami akan bantu anda mendapatkan ulasan pelanggan yang banyak. Ingat! ulasan pelanggan bukan sahaja akan membantu Google Business Profile anda di tempatkan di rangking yang tinggi, tetapi ulasan yang banyak akan dapat membantu anda menarik lebih ramai lagi pelanggan-pelanggan baru.
Melayan Pelanggan: Semua pelanggan nak dilayan dengan cepat. Kalau kita lambat respond, confirm mereka frust dan akan cari restoran yang lain. Jadi, kami akan bantu anda menjawab soalan-soalan yang biasa diajukan oleh pelanggan melalui ruangan FAQs. Dan, kami juga akan tolong anda jawab ulasan dan pertanyaan pelanggan yang mereka tulis di Google Business Profile. Bila pelanggan rasa anda prihatin, mereka akan datang dan support perniagaan anda dengan berterusan.
APA YANG ANDA AKAN DAPAT!
Menarik Pelanggan Baru: Google Business Profile yang lengkap, tepat, menarik serta menerima banyak ulasan pelanggan akan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap restoran anda. Ini sekaligus menjadi penyebab pelanggan-pelanggan baru datang berduyun-duyun.
Reputasi Naik Mencanak: Reputasi boleh menjadi punca samada perniagaan anda terus maju atau jatuh terduduk. Dengan mempunyai Google Business Profile yang menarik dan sikap anda yang responsif terhadap pelanggan, ia akan menjadikan pelanggan gembira dan reputasi restoran anda naik mencanak. Maka, bila reputasi anda di dalam keadaan terbaik, restoran anda mampu untuk berkembang dan menguasai pasaran.
Jualan Naik Berganda-ganda: Bila reputasi restoran anda naik mencanak dan pelanggan datang berduyun-duyun, tentulah jualan anda naik berganda-ganda.
Perniagaan Yang Terus Maju dan Berkembang: Apabila jualan naik berganda-ganda, ini adalah peluang untuk anda mengembangkan empayar perniagaan, dengan membuka cawangan baru di seluruh negara.
Laporan Untuk Penambahbaikan: Kami akan sediakan laporan bulanan tentang prestasi Google Business Profile anda dan menyediakan pelan tindakan untuk prestasi yang lebih baik.
RESTORAN LAIN DAH BERJAYA - ANDA BILA LAGI?
"Selepas menggunakan servis pengoptimuman Google Business Profile dari DRKAY DIGITAL, restoran kami muncul di kedudukan yang mudah ditemui oleh pelanggan di Google. DRKAY DIGITAL telah menjadikan Google Business Profile saya lengkap, tepat, cukup menarik dan profesional (lihat gambar dibawah). Saya percaya ia menjadi faktor penting kepada peningkatan pelanggan yang ketara ke kafe saya.
Selain mengoptimakan Google Business Profile saya, DRKAY DIGITAL juga membantu saya menjawab ulasan dan pertanyaan pelanggan. Maka, beban kerja saya menjadi kurang dan saya boleh fokus sepenuhnya kepada operasi kafe saya.
Jujurnya saya sangat berpuashati , dan saya syorkan anda menggunakan khidmat mereka. Mereka tahu bagaimana untuk menjadikan perniagaan kita sebagai pemenang di dalam industri yang sangat sengit" – Dr. Shaharuddin, Pemilik DrKool Cafe
PAKEJ YANG KAMI TAWARKAN
PAKEJ 1 : STRATEGI PENGOPTIMAAN GOOGLE BUSINESS PROFILE
Dalam pakej ini, kami akan:
✅ Mengenal Pasti Kata Kunci Terbaik – Penyelidikan kata kunci yang digunakan pelanggan untuk mencari restoran di kawasan anda. Kata kunci ini akan dimasukkan ke dalam:
Deskripsi perniagaan
Deskripsi menu
Soalan lazim (FAQ)
Pos dan kandungan digital
✅ Khidmat Fotografi (30 Gambar) – Kami akan mengambil gambar-gambar berkualiti tinggi bagi menu dan restoran anda, siap untuk dimuat naik di Google Business Profile.
✅ Pengisian Lengkap Profil Google Business Anda – Kami akan mengisi semua maklumat penting seperti:
Nama, alamat, dan nombor telefon (NAP)
Kategori dan deskripsi perniagaan
Servis dan menu lengkap
Pautan ke media sosial dan laman web
✅ Optimasi Menu Restoran – Letakkan gambar menarik, deskripsi jelas, dan harga bagi setiap hidangan dalam menu. Dengan ini, pelanggan lebih mudah membuat pilihan sebelum tiba di restoran.
✅ Cetakan 10 QR Code berlaminate untuk Ulasan Pelanggan – QR Code ini boleh letakkan di lokasi strategik restoran anda. Setiap pelanggan boleh meninggalkan ulasan dengan mudah – dan ini akan menaikkan ranking restoran anda di carian Google.
🎁 BONUS PERCUMA 1: 5 video promosi berdurasi 30 saat, yang boleh anda kongsikan di media sosial!
🎁 BONUS PERCUMA 2: Kami akan menyelaraskan NAP di semua platform media sosial anda supaya konsisten dan mudah dicari Google.
📌 Harga Pakej: RM1,200.00 (One-Time)
📌 Nota: Tiada laporan bulanan disediakan untuk pakej ini.
PAKEJ 2: STRATEGI PENGEMBANGAN
Pakej ini direka untuk mengekalkan momentum dan meningkatkan keterlihatan restoran anda secara konsisten.
Apa yang anda akan dapat:
✅ Pengurusan Ulasan Premium – Kami akan memantau dan membalas ulasan pelanggan dengan lebih teliti, termasuk menangani ulasan negatif secara profesional.
✅ Jawapan Pertanyaan Pelanggan – Kami akan membantu anda menjawab pertanyaan daripada pelanggan di Google Business Profile dengan maklumat yang anda berikan.
✅ 3 Video Promosi (30 saat) – Video kreatif akan dihasilkan untuk menarik perhatian pelanggan di Google dan media sosial.
✅ Optimasi Mingguan Google Posts – Kami akan menguruskan posting mingguan untuk promosi, acara khas, atau tawaran menarik.
✅ Penambahbaikan SEO Profil – Dengan Local SEO terkini, kami akan memastikan restoran anda sentiasa muncul di kedudukan teratas dalam carian tempatan.
✅ Pengurusan Media Sosial – Video dan Google Posts akan turut dikongsi di Facebook, TikTok, dan Instagram anda untuk menjangkau audien lebih luas tanpa perlu mengupah pengurus media sosial.
✅ Laporan Prestasi Bulanan – Setiap bulan, anda akan menerima laporan prestasi Google Business Profile bersama cadangan penambahbaikan berterusan.
📌 Nota: Pakej ini memerlukan anda untuk mengambil Pakej 1 terlebih dahulu.
📌 Harga Pakej: RM350/bulan (Kontrak 6 bulan)
PAKEJ ADD ON
Tingkatkan lagi kehadiran restoran anda dengan servis tambahan berikut:
✅ Bina Laman Web Profesional – Laman web lengkap dengan ciri tempahan dalam talian untuk memudahkan pelanggan.
✅ Pengurusan Iklan Berbayar Google – Kami akan menguruskan iklan berbayar di Google untuk meningkatkan tempahan dan keterlihatan di dalam hasil carian Google.
✅ Kolaborasi dengan Food Influencers – Kami akan hubungkan anda dengan food influencers tempatan untuk memperkenalkan restoran anda kepada audien yang lebih luas dan membina reputasi positif.
JADI TUNGGU APA LAGI?
Biar kami bantu restoran anda jadi pilihan pertama di Google. Tempah slot konsultasi percuma sekarang!
SOALAN YANG KERAP DITANYA (FAQs)
Kenapa restoran saya perlu optimasi Google Business Profile?
Pelanggan biasanya mencari restoran melalui Google dan Google Maps. Jika profil restoran anda dioptimumkan, peluang anda untuk muncul di hadapan pesaing akan lebih tinggi, dan ini akan menarik lebih ramai pelanggan.Berapa lama masa diambil untuk melihat hasil?
Kebiasaannya, anda boleh mula melihat peningkatan dalam tempoh 4 hingga 8 minggu, bergantung kepada persaingan di kawasan anda.Apa yang termasuk dalam perkhidmatan optimasi ini?
Kami akan:Mengemaskini maklumat restoran (alamat, nombor telefon, waktu operasi)
Memuat naik gambar berkualiti
Membina strategi untuk mendapatkan lebih banyak review positif
Melaksanakan keyword optimization untuk carian tempatan
Apa yang berlaku jika saya tidak mempunyai akaun Google Business Profile?
Jangan risau! Kami boleh buka akaun GBP baru untuk restoran anda dan uruskan semuanya dari awal hingga siap.Adakah saya perlu buat apa-apa selepas perkhidmatan ini?
Kami akan berikan panduan untuk terus mengekalkan dan mengurus profil anda. Anda juga boleh dapatkan perkhidmatan pemantauan berterusan jika diperlukan.Sekiranya saya berminat, bagaimana dengan kaedah pembayarannya?
Bayaran deposit 50% daripada jumlah nilai projek perlu dibayar terlebih dahulu sebelum kerja dijalankan. Bakinya perlu diselesaikan di dalam tempoh 5 hari bekerja selepas projek disiapkan.
Bagaimanapun, untuk pakej 2 (strategi pembangunan), bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada 5 hb setiap bulan.
DRKAY DIGITAL MARKETING SERVICES & CONSULTANCY
No. 45, Jalan Lakeville 37, Bandar Universiti, 32610 Bandar Seri Iskandar, PERAK
Email:
drkay.digital@gmail.com
Phone No:
011-11112538 (Hphone)
05-3731043 (Pejabat)