Peranan Katakunci (Keywords) Di Dalam Pemasaran Digital

Artikel ini menfokuskan tentang meningkatkan keberkesanan strategi pemasaran digital melalui pemilihan katakunci yang betul. Apakah yang dinamakan katakunci dan bagaimana memilih kata kunci terbaik, sila baca artikel ini sehingga habis.

PEMASARAN DIGITAL

Dr. Kay

9/2/20246 min read

Katakunci KEYWORDS RESEARCH
Katakunci KEYWORDS RESEARCH

Pemasaran digital telah menjadi elemen penting di dalam strategi perniagaan pada era digital ini. Menyelaraskan strategi pemasaran dengan pencarian dan tingkah laku pengguna adalah kunci untuk mencapai keberkesanan yang tinggi. Salah satu aspek penting di dalam membantu keberkesanan kempen pemasaran digital adalah penggunaan kata kunci yang tepat. Kata kunci atau 'keywords' adalah ungkapan atau frasa yang digunakan oleh pengguna untuk mencari maklumat tertentu dalam enjin carian seperti Google, di media sosial, YouTube malah di laman eCommerce seperti Shopee dan Lazada.

Kenapa katakunci sangat penting?

Kata kunci memainkan peranan utama di dalam usaha meningkatkan visibiliti laman web atau laman sosial perniagaan anda di dalam hasil carian pengguna Internet. Apabila seseorang mengemukakan pertanyaan di kolum carian, enjin carian akan mencari dan menilai laman web atau laman sosial yang berkaitan dengan kata kunci yang dimasukkan. Oleh itu, pemilihan kata kunci yang tepat adalah langkah awal yang kritikal di dalam strategi pemasaran digital anda.

keyword research
keyword research

Bagaimana memilih katakunci terbaik?

Saya percaya anda telah faham apa itu katakunci dan kenapa ia sangat penting di dalam pemasaran digital. Sekarang, saya nak bantu anda mencari dan memilih kata-kata terbaik untuk perniagaan anda, melalui langkah-langkah berikut:

1. Kenali perniagaan anda. Apa yang anda tawarkan?

Langkah pertama tentulah dengan memahami apa yang anda tawarkan kepada pelanggan. Adakah anda menawarkan servis pembersihan rumah dan pejabat? Adakah anda seorang plumber? Adakah anda menawarkan servis dandanan pengantin dan sebagainya.

2. Letakkan diri sebagai pelanggan

Setelah anda tahu apa yang anda tawarkan kepada pelanggan, langkah seterusnya adalah dengan meletakkan diri anda sebagai pelanggan. Katakan anda memerlukan khidmat bersihkan rumah, dan anda nak cari di Google syarikat atau individu yang menawarkan khidmat tersebut. Di Google, mungkin anda akan tulis... "servis pembersihan rumah", "mencari orang bersihkan rumah", "khidmat membersihkan rumah", dan sebagainya. Tulis semua idea katakunci yang releven di atas kertas.

3. Cari idea-idea lain melalui Autosuggest

Kalau anda gunakan Google untuk mencari maklumat perniagaan, Google akan menawarkan katakunci-katakunci yang berkaitan di Google Autosuggest dan juga di 'Related Searches'. Katakunci cadangan yang disediakan oleh Google ini adalah berdasarkan terma carian yang ditulis oleh pengguna Internet di Google. Ambil semua katakunci tersebut, dan tambah ke dalam nota di atas kertas.

katakunci
katakunci

4. Gunakan alat carian katakunci (keywords research tools)

Sekiranya anda mempunyai akaun sebagai pengurus Google Ads, anda akan diberikan capaian oleh Google ke Google Keywords Planner secara percuma. Atau; anda juga boleh melanggan alat carian katakunci yang banyak dipasaran seperti Moz, SEMRush, Ubersuggest, keywordtool.io dan sebagainya. Di alat carian tersebut, anda boleh masukkan tema utama perniagaan anda, dan alat terbabit akan memberikan cadangan-cadangan katakunci-katakunci yang berkaitan, termasuk jumlah pengguna Internet yang menggunakan katakunci tersebut di dalam suatu tempoh tertentu (volume carian), jumlah persaingan dan juga harga bidaan bagi setiap kata kunci yang disenaraikan.

5. Beri keutamaan kepada kata kunci 'long tail'

Selain daripada kata kunci biasa, kata kunci longtail juga memainkan peranan yang penting. Kata kunci longtail adalah rangkaian kata yang lebih panjang dan spesifik. Walaupun volum carian untuk kata kunci longtail mungkin lebih rendah, namun kata kunci tersebut lebih cenderung untuk menarik trafik yang lebih berkualiti. Contohnya, 'servis pembersihan rumah" adalah lebih spesifik berbanding 'pembersihan rumah'. Pengguna Internet yang menggunakan frasa carian 'servis pembersihan rumah' biasanya memang mempunyai niat untuk mencari syarikat atau individu yang menawarkan servis pembersihan rumah untuk kediaman mereka. Ini tidak berlaku kepada frasa umum seperti 'pembersihan rumah'. Pengguna Internet yang menggunakan frasa umum 'pembersihan rumah' mungkin hanya ingin mencari maklumat tentang panduan membersihkan rumah, yang tidak tertumpu kepada aspek pembelian.

6. Selidiki kata kunci yang digunakan oleh pesaing

Selain menggunakan alat carian kata kunci, selidiki juga kata kunci yang digunakan oleh pesaing anda. Masukkan laman web pesaing anda ke dalam alat analitik yang menyediakan data kata kunci yang mereka sasarkan. Dengan mengetahui kata kunci pesaing, anda boleh mendapatkan gambaran yang lebih baik tentang strategi mereka dan mengenal pasti peluang yang belum diambil oleh mereka.

7. Pertimbangkan lokaliti

Jika perniagaan anda menawarkan produk atau servis kepada penduduk setempat, pastikan anda termasuk elemen geografi dalam kata kunci anda. Contohnya, jika anda menawarkan servis pembersihan rumah hanya untuk penduduk di Kuala Lumpur, kata kunci boleh menjadi "servis pembersihan rumah di Kuala Lumpur" atau "servis pembersihan rumah KL." Ini akan membantu menarik pengunjung yang berminat dengan produk atau perkhidmatan anda di kawasan tersebut.

8. Uji dan pantau

Setelah anda memilih kata kunci yang sesuai, gunakan kata kunci tersebut di dalam strategi pemasaran digital anda, termasuk dalam kandungan laman web, blog, media sosial, dan kempen iklan bayar-per-klik (PPC). Pantau prestasi kata kunci secara berkala menggunakan alat analitik, dan buat penyesuaian mengikut keperluan. Lakukan uji A/B untuk mengenal pasti kata kunci yang paling berkesan dalam mencapai matlamat pemasaran anda.

Dimana perlu diletakkan kata kunci?

Saya yakin anda telah faham apa itu kata kunci, kepentingannya dan bagaimana mencari kata kunci yang efektif. Persoalannya, di mana anda perlu letakkan kata kunci yang anda telah pilih? Di bawah ini, saya akan 8 tip di mana anda sepatutnya meletakkan kata kunci di dalam strategi pemasaran digital anda:

  1. Tajuk (Title) Laman Web: Tajuk laman web anda adalah elemen yang paling penting untuk diletakkan kata kunci. Pastikan kata kunci utama anda terdapat dalam tajuk laman web dengan cara yang relevan dan semulajadi. Tajuk yang mengandungi kata kunci cenderung menarik perhatian enjin pencari.

  1. URL Laman Web: Sesuaikan URL laman web anda dengan kata kunci utama. URL yang memaparkan kata kunci akan memberikan petunjuk kepada enjin pencari tentang kandungan laman web tersebut. Pastikan URL anda pendek, mudah dibaca, dan mengandungi kata kunci yang relevant. Contoh; untuk pelanggan mencari maklumat tentang model Axia, Perodua telah menyediakan laman khusus untuk model tersebut dan menamakan URL tersebut dengan axia.

  1. Meta deskripsi: Meta deskripsi adalah ringkasan mengenai kandungan laman web anda yang dipaparkan di dalam hasil carian pengguna. Pastikan kata kunci utama anda diletakkan di dalam meta deskripsi dengan cara yang menarik untuk menggalakkan klik dari pengguna yang mencari topik yang berkaitan.

  1. Kandungan Laman Web: Isi kandungan laman web anda dengan kata kunci yang relevan. Pastikan kata kunci muncul secara semulajadi dalam teks, tetapi elakkan daripada melakukan "keyword stuffing" di mana kata kunci dimasukkan secara berlebihan dan tidak relevan. Kandungan yang berkualiti dan relevan akan membantu meningkatkan ranking laman web anda di dalam hasil carian pengguna.

  2. Tajuk (Header) dan Sub-Tajuk: Guna kata kunci utama dalam tajuk (header) dan sub-tajuk pada laman web anda. Tajuk yang jelas dan berstruktur akan membantu enjin pencari memahami kandungan laman web anda dan membantu pengguna mencari maklumat dengan mudah.

  1. Posting Media Sosial: Apabila anda berkongsi kandungan di platform media sosial, pastikan kata kunci yang berkaitan dengan posting anda dimasukkan di dalam tajuk, dan keterangan. Ini akan membantu meningkatkan visibiliti posting anda di dalam carian di platform media sosial dan juga hasil carian luar dari enjin pencari.

  2. Kempen PPC (Pay-Per-Click): Pastikan iklan anda mengandungi kata kunci yang sesuai dan relevan dengan audien sasaran anda. Ini akan membantu anda menarik perhatian dan trafik yang lebih terarah kepada laman web atau tawaran produk anda.

  3. Alt Text untuk Gambar: Alt text adalah keterangan teks alternatif yang digunakan untuk menjelaskan gambar pada laman web atau media sosial anda. Gunakan kata kunci dalam alt text untuk membantu enjin pencari memahami konteks gambar dan meningkatkan keseluruhan kerelevanan laman web dan media sosial anda. Gambar di bawah adalah contoh Alt Text di laman Facebook.

Kesimpulan

Kata kunci memainkan peranan penting di dalam membina strategi pemasaran digital yang berkesan. Pemilihan kata kunci yang tepat, penyelidikan yang teliti, dan pemantauan berkala adalah beberapa langkah penting di dalam memaksimumkan keberkesanan pemasaran digital anda. Walaupun kata kunci memainkan peranan penting, konten tetap menjadi raja di dalam strategi pemasaran digital. Pastikan kandungan anda relevan, berkualiti, dan memberi nilai kepada pengguna.

Google dan platfom media sosial semakin cenderung memberi keutamaan kepada laman web yang menyediakan maklumat yang berguna dan membantu pengguna menyelesaikan masalah mereka.