Pakej 1: Penyediaan dan Pengoptimuman Profil Google Business

Harga: RM500 (bayaran sekali)

Deskripsi Kerja: Pakej ini bertujuan membantu perniagaan anda mendapat pendedahan maksimum di carian Google dengan menyiapkan dan mengoptimumkan profil Google Business anda secara profesional dan strategik.

Perkhidmatan Termasuk:

  • Pengoptimuman Maklumat Perniagaan: Memastikan semua maklumat penting (nama perniagaan, alamat, nombor telefon, laman web, waktu operasi) adalah tepat dan seragam.

  • Kategisasi dan Kata Kunci: Memilih kategori perniagaan yang sesuai dan memasukkan kata kunci strategik untuk meningkatkan kedudukan dalam carian.

  • Penerangan Perniagaan Menarik: Menulis penerangan perniagaan yang dioptimumkan dengan kata kunci untuk menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan keterlihatan.

  • Pemilihan Gambar Berkualiti Tinggi: Memuat naik dan mengoptimumkan gambar berkualiti tinggi bagi perniagaan, produk, atau perkhidmatan.

  • Pos menarik: 2 pos yang dioptimakan untuk pemasaran tempatan akan disediakan.

  • Kemaskini Maklumat Tambahan: Menambah ciri khas seperti perkhidmatan yang ditawarkan, atribut perniagaan, dan pautan tempahan (jika ada).

  • Petua untuk Ulasan Pelanggan: Memberikan panduan tentang cara menggalakkan ulasan pelanggan untuk meningkatkan reputasi dalam talian anda.

  • Laporan Akhir: Menyediakan laporan pengoptimuman yang merangkumi semua perubahan yang dibuat dan cadangan untuk mengekalkan prestasi.

Pakej 2: Penyediaan Perniagaan (Local Citation)

Harga: RM200 (setiap citation)

Deskripsi Kerja: Pakej ini bertujuan untuk membantu perniagaan anda mendapatkan kehadiran maksimum di dalam carian tempatan melalui penyiapan dan pengoptimuman yang menyeluruh bagi aset digital perniagaan anda. Pakej ini sesuai untuk perniagaan yang ingin membina asas Local SEO yang kukuh dan menarik lebih ramai pelanggan dari kawasan berhampiran.

Perkhidmatan Termasuk:

  • Penyediaan dan Pengesahan Profil: Membantu menyiapkan atau menuntut dan mengesahkan profil perniagaan tempatan anda di platform seperti Google Business Profile dan Bing Places.

  • Pengoptimuman Maklumat Perniagaan: Memastikan maklumat penting seperti nama, alamat, nombor telefon, laman web, dan waktu operasi adalah tepat, seragam, dan dioptimumkan untuk carian tempatan.

  • Penyenaraian Direktori Tempatan: Mendaftarkan perniagaan anda di direktori tempatan yang relevan, memastikan konsistensi dan membina kepercayaan enjin carian.

  • Penyesuaian Kategori dan Kata Kunci: Memilih kategori perniagaan yang sesuai dan menambahkan kata kunci tempatan yang strategik untuk meningkatkan keterlihatan dalam keputusan carian.

  • Penerangan Perniagaan yang Menarik: Menulis penerangan yang dioptimumkan untuk meningkatkan tarikan dan keterlihatan perniagaan anda.

  • Pengoptimuman Gambar dan Visual: Memuat naik gambar berkualiti tinggi dan relevan serta memastikan setiap imej dioptimumkan dengan baik untuk enjin carian.

  • Analisis dan Laporan Awal: Menyediakan analisis awal kehadiran tempatan anda dan memberi cadangan untuk penambahbaikan masa depan.

  • Petua dan Panduan: Memberikan panduan tentang langkah seterusnya, termasuk cara menggalakkan ulasan pelanggan dan mengekalkan kehadiran yang dioptimumkan.

Pakej 3: One-Time Website Development Optimisation (Dengan Fokus Local SEO)

Harga: Bermula dengan RM2,000 (sekali bayar). Harga akan meningkat mengikut location/service page yang dikehendaki.

Deskripsi Kerja: Pakej ini direka untuk memastikan laman web perniagaan anda dioptimumkan sepenuhnya untuk prestasi enjin carian tempatan, membantu perniagaan anda menonjol di dalam keputusan carian tempatan dan menarik lebih banyak trafik dari kawasan anda. Fokus pengoptimuman melibatkan aspek teknikal, kandungan, dan elemen SEO yang diperlukan untuk memastikan laman web anda memberikan impak maksimum.

Perkhidmatan Termasuk:

  • Membina laman web: Membina laman web menggunakan Hostinger Builder

  • Pengoptimuman Struktur Laman: Menyusun hierarki laman web untuk memastikan navigasi yang mudah dan mesra SEO.

  • Pengoptimuman Kata Kunci Tempatan: Melakukan penyelidikan kata kunci untuk lokasi yang disasarkan dan menyisipkannya dalam kandungan utama, tajuk, dan meta deskripsi laman web.

  • Pengoptimuman Kandungan: Menulis atau menyemak semula kandungan yang ada untuk memastikan ia dioptimumkan dengan kata kunci tempatan serta menarik bagi pengunjung.

  • Tag SEO dan Metadata: Mengoptimumkan semua tajuk, deskripsi meta, dan tag alt imej dengan kata kunci yang relevan untuk meningkatkan keterlihatan tempatan.

  • Penyediaan Schema Markup Tempatan: Menambah data terstruktur (schema markup) untuk membantu enjin carian memahami maklumat tempatan perniagaan anda, seperti alamat dan waktu operasi.

  • Pautan Dalaman: Memastikan struktur pautan dalaman yang baik dan menambah pautan luaran ke sumber berkualiti yang relevan.

  • Pengoptimuman untuk Peranti Mudah Alih: Menjamin laman web adalah responsif dan mesra pengguna pada semua jenis peranti, termasuk pengoptimuman untuk kelajuan dan prestasi pada peranti mudah alih.

  • Laporan dan Cadangan: Menyediakan laporan penuh mengenai pengoptimuman yang telah dibuat dan langkah cadangan untuk mengekalkan serta meningkatkan SEO laman web anda di masa hadapan.

Pakej 4: Full Service Local SEO + Media Sosial

Harga: RM1,500/sebulan (Kontrak 6 bulan)

Deskripsi Kerja


Pakej ini direka untuk perniagaan yang ingin menguasai carian tempatan dan menarik pelanggan dari kawasan sekitar secara konsisten. Dengan pendekatan komprehensif ini, kami mengoptimumkan kehadiran digital anda dari setiap sudut untuk memastikan perniagaan anda mendapat kedudukan yang baik di enjin carian dan sentiasa kelihatan oleh pelanggan tempatan yang relevan.

Perkhidmatan Termasuk

  • Pengurusan Google Business Profile: Mengoptimumkan dan menyelenggara profil anda secara berterusan, termasuk mengurus pertanyaan dan ulasan, menambah catatan berkala, dan kemaskini maklumat.

  • Pembangunan Kandungan Tempatan: Mencipta 2 kandungan berkualiti tinggi yang relevan dengan lokasi, seperti artikel blog, panduan tempatan, atau berita perniagaan, untuk meningkatkan kehadiran SEO.

  • Mengurus Petikan Tempatan: Mengurus semua penyenaraian perniagaan termasuk di media sosial. 4 kandungan baru akan disediakan untuk setiap media sosial setiap bulan (Facebook, TikTok dan Instagram sahaja).

  • Pelaporan Prestasi Bulanan: Menyediakan laporan terperinci tentang peningkatan ranking, trafik, ulasan, dan KPI lain dengan analisis prestasi dan cadangan untuk bulan akan datang.

  • Perundingan dan Sokongan Berterusan: Sesi perundingan bulanan untuk menilai strategi dan mengoptimumkan usaha berdasarkan data prestasi.

Tunggu Apa Lagi? Dapatkan Perkhidmatan Kami Hari Ini Juga!