Panduan menulis teks iklan yang terbukti efektif untuk mendapatkan jualan

Artikel ini berkongsi tentang panduan menulis teks iklan yang mampu menarik perhatian pembaca seterusnya mempengaruhi mereka untuk membuat tindakan pembelian.

PEMASARANPEMASARAN DIGITAL

8/2/20233 min read

AIDA Model untuk teks iklan
AIDA Model untuk teks iklan

Apakah rahsia di sebalik teks jualan yang berjaya? Model AIDA! AIDA adalah singkatan bagi Attention (Tarik), Interest (Minat), Desire (Keinginan), dan Action (Bertindak). Ia merupakan kaedah yang berkesan untuk mempengaruhi pembaca atau penonton, dan menggalakkan mereka untuk membuat tindakan pembelian. Saya akan terangkan bagaimana model AIDA dapat diterapkan di dalam penulisan kandungan jualan yang hebat.

Tarik perhatian (Attention):

Fasa pertama di dalam model AIDA adalah untuk menarik perhatian pembaca. Ia adalah langkah yang paling penting kerana jika anda tidak dapat menarik perhatian mereka, iklan anda akan menjadi sia-sia sahaja. Di dalam fasa ini, gunakan tajuk yang menarik, pertanyaan menarik atau fakta menarik yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan anda. Anda juga boleh menggunakan imej atau grafik yang menarik untuk mendorong mereka memberi perhatian kepada iklan anda sepenuhnya.

Contoh: "Apakah Rahsia Di Sebalik Kecantikan Kulit Halus Seorang Selebriti?"

Tarik minat (Interest):

Setelah anda berjaya menarik perhatian pembaca melalui tajuk, langkah seterusnya adalah untuk mengekalkan minat mereka. Anda perlu memberikan maklumat yang relevan dan berguna yang menarik pembaca untuk terus membaca. Kenal pasti masalah atau keperluan mereka dan tunjukkan bagaimana produk atau perkhidmatan anda boleh menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan mereka.

Contoh: "Krim Revolusioner kami mengandung formula ajaib yang dipatenkan untuk menghilangkan garis-garis halus dalam tempoh 7 hari!"

Tarik keinginan (Desire):

Selepas pembaca mengetahui manfaat produk atau perkhidmatan anda, langkah seterusnya adalah dengan memberi harapan dan impian kepada pembaca. Anda perlu menggerakkan emosi mereka dengan menonjolkan manfaat dan nilai unik yang mereka akan terima jika membeli produk anda. Bina impian atau citarasa yang mereka ingini dengan menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Atau; anda boleh letakkan bukti sosial seperti testimoni dan perakuan dari pakar untuk lebih memberi keyakinan pembaca tentang manafaat produk anda kepada mereka.

Contoh: "Kini Anda Boleh Menikmati Kulit Berseri-Seri Seperti Selebriti Idaman Anda!"

"1000++ selebriti popular menggunakannya. Tidak mahukan anda menjadi sebahagian daripadanya?"

Bertindak (Action):

Langkah terakhir di dalam model AIDA adalah untuk mengajak pembaca untuk bertindak. Anda perlu memberikan seruan tindakan yang jelas dan memudahkan pembaca untuk membuat pembelian atau tindakan lain yang diinginkan. Berikan penjelasan yang jelas tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan produk atau perkhidmatan anda dan apakah langkah selanjutnya yang perlu mereka ambil.

Contoh: "Jangan Lepaskan Peluang untuk Mendapatkan Diskaun 20% - Beli Sekarang Sebelum Tawaran Berakhir!"

Berikut saya kongsikan beberapa contoh lain teks iklan untuk inspirasi dan panduan anda:

Contoh 1: Produk Pembersih Rumah Revolusioner

Perhatian: "Dapatkan Rumah Bersih Seperti Kilauan Bintang! 🔥"

Minat: "Pembersih Rumah Revolusioner kami menggunakan formula khusus yang menghilangkan kotoran walaupun dikawasan yang sukar ditembusi".

Keinginan: "Nikmati ketenangan dan keseronokan memiliki rumah bersih dan wangi setiap hari tanpa pening kepala"

Tindakan: "Beli sekarang dan dapatkan diskaun eksklusif untuk 50 pelanggan pertama!"

Contoh 2: Pakaian Olahraga Berkualiti Tinggi

Perhatian: "Tampil memukau di padang dengan pakaian olahraga berkualiti premium kami! 🏃‍♂️🔥"

Minat: "Pakaian olahraga kami menggunakan teknologi terkini untuk menjaga keselesaan ketika anda berolahraga."

Keinginan: "Raih prestasi terbaik dengan gaya yang moden dan trendy dengan koleksi kami!"

Tindakan: "Buat pesanan sekarang! Penghantaran adalah percuma ke seluruh negara!"

Contoh 3: Kursus Penyampaian Awam

Perhatian: "Jadilah pemimpin yang disegani melalui kursus penyampaian awam kami! 🎤💼"

Minat: "Kursus kami dikendalikan oleh Dr. XYZ , pakar penyampain awam yang cukup terkenal. Belia akan membantu anda mengatasi ketakutan berucap di khalayak ramai dan meningkatkan kemampuan komunikasi anda."

Keinginan: "Tingkatkan kerjaya dan keyakinan diri anda dengan menguasai seni penyampaian awam yang efektif dan memukau."

Tindakan: "Daftar sekarang dan dapatkan diskaun 20% untuk pendaftaran awal!"

Kesimpulannya; dengan menerapkan Model AIDA di dalam teks iklan, anda dapat menarik perhatian pembaca, mengekalkan minat mereka, membina keinginan mereka dan seterusnya di akhiri dengan ajakan yang kuat untuk mereka bertindak. Gunakanlah bahasa yang menarik dan relevan dengan audien sasaran anda. Jika anda mengaplikasikan AIDA, teks jualan anda akan menjadi lebih efektif dan berjaya menarik lebih ramai pelanggan. Selamat mencuba!

Baca artikel berkaitan:

Katakunci di dalam Google Ads: Peranannya di dalam kejayaan kempen pengiklanan

Jenis-jenis pengiklanan di Google Ads

5 langkah mengira bajet iklan di Google

Panduan langkah demi langkah melancarkan iklan di Google Search

Panduan menulis tajuk iklan Google yang menarik

Bagaimana iklan carian di Google berfungsi

Memahami komponen dan struktur penting Google Ads

Bagaimana untuk mengukur prestasi iklan di Google Ads

Ketahui bagaimana kedudukan iklan Google ditetapkan di hasil carian pengguna

Ketahui strategi menetapkan harga bidaan di Google Ads untuk meningkatkan kejayaan kempen

Retargeting: Keperluannya dan kaedah melaksanakannya