Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Iklan Carian Responsif dan Bagaimana Ia Boleh Meningkatkan Prestasi Kempen Anda
Iklan Carian Responsif (Responsive Search Ads atau RSA) adalah salah satu inovasi terkini yang membolehkan pengiklan mencapai audien dengan lebih baik dan berkesan. Artikel ini akan memperkenalkan anda kepada konsep RSA dan memberikan beberapa amalan terbaik untuk mengoptimumkan kempen iklan anda.
KEMPEN GOOGLE ADS
Iklan Carian Responsif (Responsive Search Ads atau RSA) adalah format iklan baru yang diperkenalkan di Google Ads. Kedudukan RSA adalah seperti yang anda lihat di dalam gambar dibawah. RSA menggunakan sistem pembelajaran mesin untuk menghasilkan teks iklan yang paling sesuai dengan permintaan carian pengguna. Dengan kata lain, RSA membolehkan anda menyesuaikan iklan anda dengan lebih baik kepada keperluan dan minat audien anda. Apabila anda mencipta RSA, anda boleh memasukkan sehingga 15 tajuk dan sehingga 4 deskripsi. Google Ads kemudiannya akan menguji kombinasi yang berbeza dan kemudiannya membuat laporan tentang kombinasi yang manakah yang paling berkesan. Anda boleh memantau prestasi RSA anda di bahagian "Laporan" di Google Ads untuk melihat berapa banyak klik yang diterima oleh iklan anda, berapa banyak orang yang melawat laman web anda daripada iklan anda, dan berapa banyak orang yang membuat pembelian daripada iklan anda, dan sebagainya.
Kelebihan-kelebihan RSA
RSA mempunyai beberapa kelebihan berbanding iklan carian teks yang diperluas (Extended Search Ads), seperti:
Meningkatkan liputan dan jangkauan: RSA boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai peranti dan saiz skrin, serta menyesuaikan tajuk dan deskripsi anda dengan permintaan carian pengguna. Ini bermakna anda boleh menjangkau lebih banyak pelanggan yang berpotensi dengan mesej yang lebih relevan dengan mereka.
Menjimatkan masa dan usaha: Anda tidak perlu membuat dan menguji banyak iklan secara manual. Google akan melakukan kerja keras untuk anda dengan mengoptimumkan iklan anda secara automatik.
Mendapatkan maklum balas dan laporan: Anda boleh melihat prestasi setiap tajuk dan deskripsi yang anda sediakan, serta mendapatkan cadangan untuk meningkatkan iklan anda.
Panduan Meningkatkan Prestasi RSA Anda
Berikut merupakan panduan yang perlu anda gunakan untuk meningkatkan prestasi RSA anda:
Sediakan 10 atau lebih tajuk dan 3 atau lebih deskrispi iklan.
Masukkan sekurang-kurangnya tiga kata kunci popular ke dalam tajuk.
Pastikan tajuk-tajuk anda adalah unik dan tidak mengulangi frasa yang sama atau serupa.
Gunakan perkataan tindakan (Call -To- Action). Contoh; Beli sekarang, Hubungi kami hari ini, Tawaran masa terhad, dan sebagainya.
Cuba gunakan deskripsi untuk memberikan maklumat tambahan tentang produk atau perkhidmatan anda.
Ketengahkan ciri-ciri penjualan unik (unique selling point atau USP). USP adalah point-point yang boleh membezakan produk anda berbanding produk pesaing. Di dalam bahasa yang paling mudah "apa yang membuatkan pelanggan memilih produk anda. Tapi, bukannya produk pesaing". Penekanan USP di dalam iklan boleh menjadi satu tarikan penting untuk audien klik iklan anda. Lihat contoh dibawah bagaimana House of Math mengetengahkan "learning based on your skills' sebagai USP penting dengan harapan audien akan tertarik untuk mendapatkan produk mereka.
Elakkan 'pin' mana-man tajuk dan deskripsi iklan. Ini bagi lebih kebebasan kepada Google untuk melakukan padanan tajuk dan deskripsi dengan lebih meluas.
Disyorkan untuk mempunyai satu RSA bagi setiap kumpulan iklan dengan Ad Strength 'Baik' atau 'Cemerlang'.
Jika anda mempunyai teks yang mesti muncul di dalam setiap iklan, anda mesti menambah teks tersebut di posisi Tajuk 1, Tajuk 2 dan Deskripsi 1.
Untuk lebih memahami bagaimana RSA berfungsi, anda boleh tonton video yang dibawa oleh Google di bawah.
Kesimpulan
RSA adalah alat yang berkuasa di dalam perjuangan untuk menarik perhatian pengguna di dalam alam digital yang kompetitif. Dengan mengikuti amalan terbaik yang disenaraikan di atas, anda dapat memaksimumkan potensi RSA dan mencapai hasil yang lebih baik di dalam kempen pemasaran anda. Jangan lupa untuk sentiasa berinovasi dan mengujinya untuk terus meningkatkan prestasi iklan anda.
Baca artikel-artikel yang berkaitan:
Katakunci di dalam Google Ads: Peranannya di dalam kejayaan kempen pengiklanan
Jenis-jenis pengiklanan di Google Ads
5 langkah mengira bajet iklan di Google
Panduan langkah demi langkah melancarkan iklan di Google Search
Panduan menulis tajuk iklan Google yang menarik
Bagaimana iklan carian di Google berfungsi
Memahami komponen dan struktur penting Google Ads
Bagaimana untuk mengukur prestasi iklan di Google Ads
Ketahui bagaimana kedudukan iklan Google ditetapkan di hasil carian pengguna
Ketahui strategi menetapkan harga bidaan di Google Ads untuk meningkatkan kejayaan kempen