Strategi Mencipta Kandungan Yang Bernilai Kepada Pelanggan

Di dalam dunia digital, kandungan adalah asas untuk menarik perhatian dan mempertahankan pengguna di dalam persekitaran yang semakin kompetitif. Dengan itu, penting bagi seorang jurujual atau ahli pemasaran untuk memahami strategi mencipta kandungan pemasaran yang tidak hanya menarik, tetapi juga memberikan nilai tambah kepada audien mereka. Artikel ini akan membahaskan panduan mencipta kandungan yang bukan sahaja perlu berkualiti tetapi memberikan nilai kepada pelanggan sasaran anda.

STRATEGI JUALAN MASUKPEMASARAN DIGITAL

Dr. Kay

12/20/20238 min read

Selamat datang ke bab 7 buku 'Jualan Masuk: Strategi Ampuh Mencari Pelanggan Di Zaman Moden" iaitu strategi mencipta kandungan pemasaran yang efektif. Seperti yang saya maklumkan di bab pertama buku ini, kandungan adalah asas kepada strategi jualan masuk yang berjaya. Ia berkaitan dengan apa yang menarik pelanggan kepada anda, memastikan mereka terus berinteraksi dengan perniagaan anda, dan akhirnya, memacu proses pembelian.

Topik-topik

Apakah yang dimaksudkan dengan kandungan bernilai?

Mengapa kandungan yang bernilai sangat penting di dalam jualan masuk?

Kaedah merancang strategi kandungan yang bernilai

Panduan menulis kandungan yang berkualiti tinggi

Apa itu Kandungan Bernilai?


Kandungan bernilai merujuk kepada bahan-bahan yang memberi manafaat kepada pembaca. Ia mungkin di dalam bentuk artikel, blog, video, infografik, webinar, atau sebarang format lain yang mudah difahami oleh audien anda. Kandungan bernilai bukan sahaja memberi maklumat, tetapi juga memberi pemahaman, menyelesaikan masalah, atau memberikan inspirasi kepada pembaca.

Contoh; Fikirkan tentang sebuah syarikat pembekal perabot yang menghasilkan blog berkala tentang rekaan dalaman. Mereka berkongsi tip tentang cara memilih perabot yang sesuai, menggabungkan warna-warna yang serasi, dan memberikan idea-idea kreatif untuk penataan rumah. Kandungan ini membantu pembaca yang mencari inspirasi untuk mengubah ruang rumah mereka. Ia adalah kandungan bernilai yang memberi manafaat kepada audien sambil mempromosikan produk mereka.

Mengapa Kandungan Bernilai Penting?


Anda mungkin bertanya, mengapa kandungan itu begitu penting di dalam jualan masuk? Jawapannya adalah kerana ia membantu anda berinteraksi dan mencipta hubungan yang kuat dengan prospek anda. Kandungan yang bermanafaat membantu prospek mendapatkan maklumat yang mereka perlukan, dan seiring berjalannya waktu, mereka akan lebih cenderung untuk kembali kepada anda untuk mendapatkan jawapan dan panduan yang mereka perlukan. Secara khusus, berikut merupakan manafaat-manafaat penting kandungan yang bernilai.

Tarik Pelanggan berpotensi

Dengan menyediakan kandungan yang berkualiti dan relevan, anda menarik perhatian pelanggan yang mencari maklumat atau penyelesaian untuk masalah mereka.


Bina Kepercayaan

Kandungan yang berkualiti membantu membangun kepercayaan dengan audien anda. Apabila mereka mendapati kandungan anda berguna, mereka cenderung untuk menganggap anda sebagai sumber yang boleh dipercayai.


Membantu pelanggan membuat keputusan

Di dalam kes-kes di mana pelanggan mempertimbangkan pelbagai pilihan, kandungan berkualiti boleh memberikan penjelasan yang mereka perlukan untuk membuat keputusan yang lebih bijak.

Optimasi enjin carian (SEO)

Kandungan berkualiti membantu meningkatkan kedudukan laman web anda di dalam hasil carian enjin pencari seperti Google, membolehkan lebih ramai orang menemui perniagaan anda.

Merancang strategi kandungan anda



Berikut merupakan langkah-langkah penting di dalam merancang strategi kandungan yang berkesan untuk perniagaan anda.

Langkah 1: Menentukan matlamat kandungan

Langkah pertama di dalam merancang strategi kandungan yang berkesan adalah menentukan matlamat. Anda perlu memahami apa yang anda cuba capai dengan kandungan anda. Contoh matlamat termasuk:

Meningkatkan kesedaran jenama.

Meningkatkan penglibatan pelanggan.

Memperoleh lebih banyak prospek.

Meningkatkan jualan.


Contoh: Jika matlamat utama anda adalah meningkatkan kesedaran jenama, anda mungkin perlu memberikan tumpuan kepada kandungan yang mengenai nilai jenama anda, sejarah, dan nilai yang disampaikan kepada pelanggan.



Langkah 2: Mengenali audien sasaran anda

Setelah menetapkan matlamat, langkah seterusnya adalah mengenal pasti audien sasaran anda, iaitu prospek pelanggan anda sendiri. Anda perlu tahu siapa mereka, apa masalah mereka, dan bagaimana kandungan anda boleh memberi manafaat kepada mereka. Di sini, pentingnya memahami profil pelanggan ideal anda dan mencipta persona pelanggan, seperti yang telah saya terangkan dengan terperinci di Bab 1.

Contoh; Jika anda menjalankan perniagaan pakaian kanak-kanak, audien sasaran anda mungkin ibu bapa yang berminat untuk membeli pakaian berkualiti tinggi untuk anak-anak mereka. Oleh itu, kandungan anda perlu memberikan maklumat berkaitan trend fesyen kanak-kanak terkini dan petua untuk menjaga pakaian kanak-kanak.



Langkah 3: Penyelidikan kata kunci


Penyelidikan kata kunci adalah penting di dalam strategi kandungan. Anda perlu tahu perkataan kunci yang biasa dicari oleh audien sasaran anda di enjin carian seperti Google, dan juga di platform media sosial. Contoh; Jika anda menjalankan perniagaan makanan kesihatan, kata kunci seperti 'resepi makanan sihat,' 'makanan organik,' atau 'diet pelangsingan' mungkin menjadi perkataan kunci penting yang perlu anda pertimbangkan di dalam strategi kandungan anda.

Untuk mencari kata kunci terbaik dan relevan, anda boleh gunakan alat penyelidikan kata kunci seperti Google Keyword Planner, SEMrush, atau Ubersuggest. Alat-alat ini akan memberikan anda idea tentang populariti kata kunci, bilangan carian bulanan, jumlah persaingan, dan cadangan kata kunci yang berkaitan.

Semasa melakukan penyelidikan kata kunci, kaji juga persaingan. Perhatikan siapa yang bersaing dengan kata kunci yang anda pilih. Adakah terlalu banyak pesaingan atau masih ada peluang untuk menonjol?

Contoh: Jika anda mendapati bahawa terdapat terlalu banyak pesaing yang menggunakan kata kunci 'makanan sihat,' anda mungkin perlu memilih kata kunci yang kurang persaingan seperti 'resepi makanan sihat untuk kanak-kanak.'

Selepas mendapatkan kata kunci yang sesuai, buat senarai kata kunci yang akan anda gunakan di dalam kandungan anda. Pastikan kata kunci tersebut sesuai dengan topik kandungan yang anda rancang.


Langkah 4: Menentukan jenis kandungan

Kandungan boleh datang di dalam pelbagai bentuk, termasuk artikel, blog, video, infografik, dan banyak lagi. Pilih jenis kandungan yang sesuai dengan audien sasaran anda dan matlamat strategi kandungan anda. Contoh; Jika anda menjalankan perniagaan perabot, anda boleh mencipta video demonstrasi cara memasang perabot atau artikel tentang perkara-perkara berkaitan reka bentuk dalaman.


Langkah 5: Penjadualan kandungan

Penjadualan adalah penting di dalam memastikan kandungan anda disiarkan pada masa yang sesuai dan berterusan. Buat kalendar editorial untuk merancang jenis kandungan, tarikh siaran, dan platform yang akan digunakan. Contoh; Anda boleh membuat kalendar editorial yang merancang artikel tentang resepi sihat untuk dimuat naik setiap Selasa dan video tips kesihatan setiap Khamis.


Langkah 6: Mempromosikan kandungan anda

Setelah kandungan anda siap, penting untuk mempromosikannya. Gunakan media sosial, e-mel, iklan berbayar, dan lain-lain untuk mencapai audien sasaran anda. Contoh; Berkongsi artikel anda di Facebook, Instagram, dan X, serta menghantar e-mel kepada senarai langganan anda untuk memberitahu mereka tentang kandungan baru anda.


Langkah 7: Menganalisis dan memperbaiki

Akhir sekali, adalah penting untuk menganalisis prestasi kandungan anda. Gunakan alat analitik untuk mengukur trafik, kadar pusingan, dan konversi. Berdasarkan maklum balas dan data yang anda perolehi, teruslah memperbaiki strategi kandungan anda. Contoh; Jika melalui analisis prestasi, anda dapati bahawa artikel berkaitan kesihatan kanak-kanak lebih popular daripada artikel lain, pertimbangkan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan yang serupa.


Di dalam dunia digital yang sentiasa berubah, merancang strategi kandungan yang berkesan adalah proses yang berterusan. Berlakulah fleksibel dan sentiasa belajar daripada prestasi dan maklum balas. Dengan merancang dan melaksanakan strategi kandungan yang berkesan, anda dapat meningkatkan kesedaran jenama, tarik lebih banyak pelanggan, dan mencapai kejayaan dalam perniagaan anda. Selamat merancang!

Panduan menulis kandungan berkualiti tinggi



Anda telah mengenalpasti matlamat strategi kandungan anda, mengenalpasti audien sasaran, dan menyelidik kata kunci yang relevan. Sekarang tiba masanya untuk mula menulis kandungan berkualiti tinggi yang akan menarik dan memuaskan audien anda. Sesuatu kandungan yang berkualiti perlu mempunyai elemen-elemen berikut.

a. Struktur kandungan

Setiap kandungan perlu mempunyai struktur yang jelas. Struktur ini membantu pembaca untuk memahami isi kandungan anda dengan lebih mudah. Struktur yang biasa digunakan dalam penulisan kandungan termasuklah:

  • Pendahuluan: Pendedahan awal yang menarik pembaca dan memperkenalkan topik.

  • Bahagian Utama: Bahagian yang mengandungi maklumat atau kandungan utama yang anda ingin sampaikan.

  • Penutup: Penutup yang merangkumi kesimpulan dan panggilan tindakan (CTA).

Contoh: Anda menulis kandungan tentang cara merancang diet seimbang. Pendahuluan mungkin menerangkan mengapa diet penting untuk kesihatan, bahagian utama akan membincangkan langkah-langkah merancang diet, dan penutup akan mengingatkan pembaca untuk menerapkan panduan tersebut di dalam kehidupan mereka.



b. Tajuk yang menarik

Tajuk adalah sangat penting di dalam penulisan kandungan. Ia adalah perkara pertama yang pembaca lihat dan boleh menentukan sama ada mereka ingin membaca kandungan anda atau tidak. Tajuk yang menarik boleh mengundang minat dan memancing perhatian pembaca.

Di sini, saya hendak kongsikan beberapa tip yang anda boleh gunakan bagi mencipta tajuk kandungan yang efektif.


Mula Dengan Soalan Menarik

- "Adakah Anda Tahu Rahsia Tersembunyi Tentang..."

- "Siapakah yang Mahu Tahu Cara Mudah..."

- "Pernahkah Anda Fikir Bagaimana..."

Gunakan Kata Kunci Kuat

- "Cara Cepat dan Mudah Untuk..."

- "Tips Rahsia Untuk Meningkatkan..."

- "Panduan Langkah Demi Langkah Untuk..."


Sentuhan Personal

- "Pengalaman Saya Dalam Meningkatkan..."

- "Bagaimana Saya Berjaya..."

- "Kisah Sebenar Saya: Cara Saya..."


Tawarkan Manfaat Langsung

- "Dapatkan Kelebihan Dengan..."

- "Ubah Hidup Anda Dengan..."

- "Cara [Tindakan] Untuk [Kelebihan] Secepat Mungkin"


Jadikan Tajuk Menarik dan Misteri

- "Rahsia Tersembunyi Dibalik..."

- "Mengungkapkan Kehebatan yang Tidak Terduga..."

- "Apa yang Tidak Diberitahu Oleh..."

Tambahkan Sentuhan Humor atau Keunikan

- "Sembang Santai: Panduan [Tajuk] Tanpa Gaya Klasik"

- "Jangan Buang Masa: Trik Lawak Untuk..."

- "Apakah [Tajuk] Sebenarnya Kehidupan Sehari-hari?"


Kongsi Kejayaan atau Keputusan Positif

- "Bagaimana Saya Berjaya [Kejayaan] Dengan [Metodologi]?"

- "Kisah Inspirasi: Dari [Situasi Awal] Hingga [Kejayaan]"


Gunakan Kata Perangsang

- "Segera Lakukan [Tindakan] dan Saksikan Perubahan Besar!"

- "Teroka [Tajuk] yang Akan Merevolusikan Cara Anda..."

- "Berani Ubah: Mula [Tindakan] Hari Ini!"


Ingat, tajuk yang berkesan adalah kunci untuk menarik pembaca. Jadi, cubalah kombinasi tip-tip di atas dan lihat impaknya kepada kandungan anda.


c. Maklumat yang bernilai

Kandungan anda perlu memberikan maklumat yang bermakna kepada pembaca. Ini bermaksud anda perlu menjawab soalan, menyelesaikan masalah, atau memberi pandangan yang berguna kepada pembaca.

Contoh; Jika anda menulis tentang langkah-langkah untuk menjaga keseimbangan hormon di dalam badan, pastikan kandungan anda merangkumi langkah-langkah praktikal yang boleh diikuti oleh pembaca.


d. Gunakan bahasa yang mudah difahami

Jangan gunakan bahasa yang terlalu teknikal atau berbelit-belit. Pastikan kandungan anda mudah difahami oleh audien sasaran anda. Guna perkataan yang mudah, jelas, dan sesuai dengan pengetahuan audien.

Contoh: Jika audiens sasaran anda adalah individu yang tidak mempunyai latar belakang perubatan, elakkan penggunaan istilah perubatan yang rumit. Gantilah dengan perkataan yang mudah difahami seperti 'hormon bahagian dalam badan' sebagai gantian kepada 'hormon endokrin.'


e. Gunakan grafik dan media

Gambar, video, dan infografik boleh memperkayakan kandungan anda. Mereka boleh membantu menjelaskan konsep yang kompleks, membuat kandungan lebih menarik, dan membantu pembaca memahami dengan lebih baik.

Contoh: Jika anda menulis tentang senaman fizikal, sertakan gambar-gambar yang menunjukkan teknik senaman yang betul. Ini akan membantu pembaca memahami dengan lebih baik bagaimana melakukan senaman tersebut dengan betul.


Dengan mengikuti panduan-panduan di atas, anda boleh mencipta kandungan berkualiti tinggi yang tidak hanya menarik perhatian audien anda, tetapi juga memberi nilai tambah kepada mereka. Ingatlah bahawa tujuan utama jualan masuk adalah memberikan nilai kepada pelanggan sebelum meminta sesuatu daripada mereka. Menerapkan panduan ini akan membantu anda mencapai matlamat ini dengan lebih berkesan.

KESIMPULAN


Tahniah, anda telah menyelesaikan perjalanan pembelajaran anda di dalam buku ini tentang jualan masuk! Saya berharap buku ini memberikan anda pengetahuan yang berharga tentang bagaimana untuk menjadi seorang pakar di dalam bidang ini. Sekarang, biar saya ringkaskan beberapa perkara penting yang telah kita pelajari.


Di dalam Bab 1: Pengenalan kepada jualan masuk, anda memahami asas-asas jualan masuk, di mana mencipta kandungan yang berkualiti dan memberikan pengalaman pembelian yang terbaik kepada pelanggan adalah kunci kepada kejayaan jualan masuk..

Bab 2 : Kaedah mengenalpasti prospek pelanggan di dalam jualan masuk membincangkan bagaimana mengenal pasti prospek yang paling berkelayakan. Saya telah kongsikan cara-cara untuk membuat profil pelanggan sasaran anda, membina persona pelanggan dan mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan minat mereka.

Di dalam Bab 3: Cara menghubungi dan meneroka keperluan prospek pelanggan, kita telah melangkah lebih jauh dengan cara-cara untuk menghubungi dan menilai prospek. Saya telah membincangkan teknik komunikasi yang efektif dan penilaian yang berkesan untuk memastikan prospek adalah yang terbaik untuk anda. Di dalam bab ini juga, anda memahami bahawa mendengar adalah sebahagian besar daripada jualan. Ini termasuk memahami keperluan sebenar pelanggan.

Bab 4: Memberi nasihat kepada pelanggan dan menutup jualan membawa kita ke langkah seterusnya dalam proses jualan masuk. Saya telah membincangkan bagaimana memberikan nasihat yang berharga kepada pelanggan berdasarkan keperluan mereka, bukannya sekadar menjual produk atau perkhidmatan. Selain itu, saya turut kongsikan beberapa panduan untuk menutup jualan dengan jayanya.

Bab 5: Membina hubungan yang kukuh adalah proses yang sangat penting di dalam jualan masuk. Saya telah kongsikan bagaimana membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan termasuk bagaimana teknologi boleh membantu dalam mengotomatikan proses jualan, menjadikan hubungan dengan pelanggan lebih efisien dan berkesan.

Akhirnya, dalam Bab 7: Bagaimana Mengukur Prestasi Jualan Inbound, kita telah memahami betapa pentingnya pengukuran dalam menilai kejayaan jualan inbound kita. Kami telah melihat metrik dan alat yang dapat membantu anda memahami sejauh mana anda telah berjaya dalam menarik, melibatkan, dan memuaskan pelanggan.

Saya berharap bahawa buku ini telah memberi anda inspirasi dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam jualan inbound. Jualan inbound adalah tentang memahami pelanggan anda, memberikan nilai kepada mereka, dan membantu mereka mencapai matlamat mereka. Dengan pengetahuan yang anda peroleh dari buku ini, anda telah memasuki dunia jualan yang lebih berdaya maju dan berkesan.

Teruskan mengasah kemahiran anda, menjadikan pelanggan anda keutamaan, dan terus belajar. Dalam dunia yang sentiasa berubah ini, hanya dengan penghayatan dan penyesuaian yang berterusan, anda dapat mencapai kejayaan dalam jualan inbound. Selamat maju jaya dalam perjalanan anda!