10 strategi pemasaran digital yang perlu anda tahu

Dalam era digital yang semakin pesat, pemasaran telah mengalami evolusi yang besar. Konsep pemasaran tidak lagi terbatas kepada iklan TV, radio, atau media cetak seperti dahulu. Strategi pemasaran digital telah muncul sebagai pilihan utama bagi pengiklan dan perniagaan untuk mencapai khalayak sasaran secara lebih efektif. Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran digital? Baca artikel ini untuk mengetahuinya.

PEMASARAN DIGITAL

Dr. Kay

8/27/20234 min read

Pemasaran digital merujuk kepada penggunaan teknologi digital dan platform di dalam usaha mempromosikan produk, perkhidmatan, atau jenama kepada audien sasaran. Matlamat pemasaran digital adalah untuk meningkatkan visibiliti, jangkauan, dan penglibatan dengan pelanggan sambil mencapai sasaran pemasaran dengan lebih efektif berbanding dengan cara pemasaran tradisional. Pemasaran digital memberikan kelebihan kepada perniagaan dengan membolehkan mereka berinteraksi dengan audien secara langsung, mengukur keberkesanan kempen pemasaran dengan lebih terperinci, dan menyesuaikan pendekatan pemasaran berdasarkan data dan maklum balas sebenar. Ia juga membolehkan perniagaan untuk menjangkau pelanggan di pelbagai lokasi geografi dengan cepat dan mudah. Berikut merupakan antara jenis-jenis pemasaran digital yang popular di pasaran.


1. Pemasaran Melalui Media Sosial

Pemasaran melalui media sosial adalah salah satu strategi yang paling popular dalam dunia digital. Ia melibatkan penggunaan platform seperti Facebook, Instagram, YouTube, TikTok, Twitter, dan lain-lain untuk berinteraksi dengan audien. Melalui kandungan menarik dan relevan, anda dapat menjalin hubungan dengan pengguna serta meningkatkan kesedaran terhadap jenama anda.

Sebagai contoh; jenama Richiamo Coffee menggunakan Facebook dan Instagram untuk berkongsi imej minuman yang kreatif dan menarik. Dengan berinteraksi dengan pengikut mereka melalui komen dan reaksi, Richiamo Coffee juga menjana perbualan di sekitar jenama mereka.

jenis-jenis strategi pemasaran digital
jenis-jenis strategi pemasaran digital

2. Pemasaran Kandungan

Pemasaran kandungan melibatkan penghasilan dan perkongsian kandungan yang berharga dan relevan kepada audien anda. Ini membantu menunjukkan kepakaran anda di dalam industri yang anda masuki, serta menarik perhatian pembaca. Sebagai contoh; Maggi menghasilkan aplikasi yang berkongsi resepi-resepi istimewa dengan menggunakan produk-produk mereka. Taktik ini bukan sahaja berkesan untuk merapatkan hubungan dengan pelanggan-pelanggan mereka, tetapi ia merupakan taktik promosi yang cukup berkesan untuk membantu meningkatkan jualan produk-produk yang digunakan di dalam resepi tersebut.

jenis-jenis strategi pemasaran digital
jenis-jenis strategi pemasaran digital

3. Pemasaran Influencer

Pemasaran influencer melibatkan kerjasama dengan individu yang mempunyai pengaruh besar di media sosial. Mereka membantu menyampaikan mesej anda kepada audien mereka yang setia. Sebagai contoh; jenama tempatan terkenal; Pak Mat Western telah berkolaborasi dengan influencer popular; Rhys William untuk mempromosiakan kambing perapan mereka. Influencer tersebut telah menggunakan produk Pak Mat Western di dalam kandungannya, memberi testimoni yang positif yang turut menarik minat pengikut-pengikut mereka untuk turut sama mencubanya.

jenis-jenis strategi pemasaran digital
jenis-jenis strategi pemasaran digital

4. Pemasaran Email

Pemasaran melalui emel adalah cara berkesan untuk berhubung dengan pelanggan sedia ada. Ia melibatkan penghantaran emel berkala yang mengandungi tawaran, kandungan berguna, atau berita terkini. Contohnya; Maybank Malaysia akan menghantar emel kepada pelanggan mereka dengan tawaran eksklusif dan diskaun. Ini bukan sahaja mengekalkan hubungan dengan pelanggan, malah merangsang pelanggan-pelanggan mereka untuk membuat tindakan sebagaimana yang Maybank inginkan.

jenis-jenis strategi pemasaran digital
jenis-jenis strategi pemasaran digital

5. Pemasaran Enjin Carian

Pemasaran Enjin Carian atau di dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Search Engine Marketing (SEM) melibatkan penggunaan iklan berbayar untuk muncul dalam hasil carian di enjin pencari seperti Google. Ini membolehkan anda mencapai pengguna yang sedang mencari produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Contoh: ketika seseorang mencari "hotel murah Kuala Lumpur," laman web yang muncul di bahagian paling atas hasil carian adalah strategi pemasaran enjian carian. Ia ditandakan dengan perkataan 'sponsored'.

jenis-jenis strategi pemasaran digital
jenis-jenis strategi pemasaran digital

6. Optimisasi Enjin Carian (SEO)

Pemasaran melalui optimisasi enjin carian atau Search Engine Optimisation (SEO) melibatkan usaha untuk meningkatkan kedudukan laman web anda dalam hasil carian organik. Ini dilakukan melalui pengoptimuman kandungan dan struktur laman web anda. Contoh; laman web Maisinggah.com bekerja keras di dalam mengaplikasikan strategi SEO bagi membolehkan laman web mereka sentiasa muncul di rangking teratas hasil carian pengguna yang mempunyai kaitan dengan penginapan dan perjalanan.

pemasaran SEO
pemasaran SEO

7. Local SEO

Local SEO pula merujuk kepada strategi pengoptimuman enjin carian yang fokus kepada meningkatkan keterlihatan perniagaan di dalam hasil carian tempatan. Matlamat utama Local SEO adalah untuk memastikan perniagaan muncul dalam carian yang dilakukan oleh pengguna di kawasan geografi tertentu, seperti "restoran terbaik di Kuala Lumpur." Ini melibatkan penggunaan kata kunci tempatan, mendaftarkan perniagaan pada Google Business Profile, mendapatkan ulasan pelanggan, dan memastikan maklumat seperti alamat, nombor telefon, dan waktu operasi adalah konsisten di semua platform dalam talian. Contohnya, sebuah kedai kopi di Johor Bahru boleh meningkatkan Local SEO tempatan dengan memastikan ia disenaraikan dengan betul di direktori tempatan dan menggalakkan pelanggan meninggalkan ulasan positif di Google.

Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana mengoptimakan perniagaan anda untuk local SEO, sila baca artikel Optimasi Local SEO: Strategi Ampuh Tarik Pelanggan Setempat.

8. Pemasaran Video

Pemasaran video melibatkan penghasilan dan perkongsian video berkualiti tinggi di platform seperti YouTube. Video adalah cara yang baik untuk menyampaikan maklumat secara menarik dan interaktif. Di dalam kempen "Kenali Malaysia" oleh Tourism Malaysia, mereka menghasilkan video yang menunjukkan keindahan alam dan kepelbagaian budaya negara. Video ini merangsang minat pelancong untuk meneroka Malaysia.

9. Pemasaran Aplikasi Mudah Alih

Jika anda mempunyai aplikasi mudah alih, pemasaran ini membantu menarik lebih banyak pengguna untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi anda. Contoh; Shopee menggunakan tawaran diskaun eksklusif untuk pengguna yang memuat turun aplikasi Shopee dan membuat pembelian pertama mereka. Ini memberi insentif kepada pengguna untuk mencuba aplikasi tersebut.

10. Pemasaran Rujukan

Pemasaran rujukan atau affiliate marketing adalah strategi dimana pelanggan sedia ada mengesyorkan perniagaan anda kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. Ini boleh dijalankan melalui program insentif, seperti memberikan komisen atas jualan yang berjaya di lakukan. Strategi ini banyak digunakan oleh perniagaan bagi mengembangkan pasaran mereka tanpa perlu menggaji pekerja-pekerja tetap atau pekerja kontrak untuk mendapatkan jualan. Kaedah ini dapat mengurangkan beban kewangan kepada perniagaan.

jenis-jenis strategi pemasaran digital
jenis-jenis strategi pemasaran digital

Kesimpulan

Dalam dunia yang semakin digital ini, strategi pemasaran digital adalah keperluan asas bagi setiap perniagaan yang ingin berjaya. Dari pemasaran media sosial hingga pemasaran rujukan, terdapat pelbagai cara untuk mencapai pelanggan dan membina jenama. Penting untuk memahami audien anda dan memilih strategi yang sesuai untuk mencapai matlamat pemasaran anda. Dengan memanfaatkan pelbagai jenis strategi pemasaran digital, perniagaan anda akan dapat berkembang dan mencapai kejayaan yang diharapkan.