JOM SERTAI PASUKAN JURUELEKTRIK DAN PLUMBER KAMI!
Sekiranya anda adalah juruelektrik atau plumber bertauliah, kami ingin menjemput anda menyertai team kami melalui kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak. Melalui kerjasama ini, anda hanya perlu fokus melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang kemahiran anda, manakala kami akan menguruskan aspek pemasaran dan pengurusan pelanggan. Klik sini untuk mengenali kami.
Manafaat Sertai Team Kami
Sebagai juruelektrik atau plumber, cabaran utama anda pastinya aspek pemasaran. Kami yakin anda tidak ada masa untuk menjalankan kerja-kerja promosi, melayan pertanyaan pelanggan dan pada masa yang sama, terpaksa melakukan kerja hakiki anda. Menyedari masalah yang anda hadapi, kami menawarkan penyelesaian untuk membantu anda mengatasi masalah ini dengan cara yang efektif.
1. Lead Berkualiti
Kami akan mendapatkan pelanggan yang sedia membuat tempahan melalui strategi pemasaran di Google. Anda tidak perlu risau tentang pemasaran, kami akan bawa pelanggan terus kepada anda.
2. Pengoptimuman Google Business Profile
Google Business Profile (GBP) seharusnya menjadi platform yang wajib digunakan oleh semua juruelektrik dan plumber, bagi membolehkan bakal pelanggan menjumpai perniagaan mereka di hasil carian dan peta Google. Namun, kami sedar tidak ramai yang menggunakan platform ini secara efektif. Dengan itu, kami akan bantu mengurus dan mengoptimakan GBP anda secara percuma.
3. Sistem Pengurusan Pelanggan
Kami sediakan sistem khidmat pelanggan yang efisien untuk memastikan setiap pertanyaan dan tempahan pelanggan diuruskan dengan cepat, teratur dan profesional.
4. Fokus Pada Kerja Anda
Tugas anda hanya perlu fokus untuk melakukan kerja-kerja pelanggan dengan cemerlang.
5. Tiada Risiko Kewangan
Kami sedar, ramai peniaga kecil termasuk plumber dan juruelektrik teragak-agak untuk mengupah pasukan pemasaran bagi mempromosikan perniagaan mereka. Ini kerana, mereka takut pelaburan mereka tidak mendapat pulangan yang diharapkan. Dengan menyertai team kami, anda tidak perlu risau dengan risiko tersebut. Ini kerana, anda hanya perlu membayar kami sedikit komisen untuk setiap pelanggan yang kami berikan kepada anda.
Bagaimana Kami Berfungsi? (Proses Kerjasama)
1. Pendaftaran & Semakan Permohonan - Sekiranya anda berminat, sila isi borang permohonan di bawah dan kami akan hubungi anda untuk semakan kelayakan.
2. Mesyuarat Awal - Kita akan berjumpa atau berbincang untuk memahami lebih lanjut servis khusus yang anda tawarkan, serta menetapkan terma kerjasama.
3. Pemasaran Bermula - Setelah pendaftaran selesai, kami akan mula menjalankan kempen pemasaran dan optimasi Google Business Profile anda.
4. Terima Leads - Apabila leads diterima, kami akan hubungkan anda dengan pelanggan tersebut.
5. Tugas Anda - Anda jalankan kerja dengan kualiti yang terbaik dan memuaskan pelanggan.
6. Pembayaran & Komisen - Selepas tugas diselesaikan, pelanggan akan membuat bayaran kepada anda dan anda hanya perlu memberikan komisen berdasarkan nilai projek kepada kami.
Daftar Sekarang!
Jadi, tunggu apa lagi! Daftar sekarang untuk memohon. Samada anda mempunyai syarikat atau bergerak secara bebas, anda tetap layak untuk memohon menyertai team juruelektrik dan plumber kami.