Panduan Lengkap Menggunakan ChatGPT Untuk Pemasaran
Bagaimana anda boleh menggunakan ChatGPT untuk pemasaran? Sila baca panduan lengkap ini untuk membantu meningkatkan produktiviti anda di dalam usaha pemasaran.
TEKNOLOGI AI
Isi Kandungan:
1. Pengenalan Kepada ChatGPT
Di dalam era digital yang semakin maju, teknologi pengkomputeran telah memainkan peranan penting dalam mengubah cara kita berkomunikasi. Salah satu pencapaian terbesar dalam bidang ini adalah perkembangan model bahasa seperti ChatGPT.
ChatGPT adalah hasil daripada perkembangan terkini dalam bidang pemprosesan bahasa semula jadi (Natural Language Processing atau NLP) yang dikeluarkan oleh OpenAI, sebuah syarikat penyelidikan kecerdasan buatan yang terkemuka. Model-model bahasa seperti ChatGPT diberi nama "GPT" yang merujuk kepada "Generative Pre-trained Transformer."
Sebelum kedatangan GPT 4.0, model GPT yang lebih awal, seperti GPT-3.5, telah menggegarkan dunia teknologi dengan kemampuannya untuk menjawab soalan, menghasilkan teks, dan menggabungkan bahasa semula jadi dalam pelbagai konteks. Namun, ChatGPT membawa teknologi ini ke tahap yang lebih tinggi dengan peningkatan yang signifikan di dalam parameter, memori, dan kebolehan bahasa semula jadi.
2. Perbezaan GPT 4.0 Dan GPT 3.5
GPT, sebuah model bahasa, menghasilkan teks di dalam program chatbot seperti Chat GPT 3.5 dan Chat GPT 4. Walau bagaimanapun, kedua-dua versi ini berbeza di dalam pelbagai cara. Antaranya:
a. Parameter: GPT-4 mampu menangani tugas dan corak bahasa yang lebih rumit berbanding GPT-3.5 kerana memiliki lebih banyak parameter dan kapasiti pengkomputeran yang lebih besar. Selain itu, ChatGPT-4 juga dapat menangani senario bahasa semula jadi yang lebih berbeza dan kompleks.
b. Memori: GPT-4 memiliki memori yang lebih besar daripada versi-versi sebelumnya, jadi ia dapat menguruskan perbincangan yang lebih panjang dengan ketepatan jawapan yang lebih tinggi.
c. Kelajuan: Perbezaan lain antara ChatGPT-3.5 dan ChatGPT-4 adalah kelajuan dan kecekapan. GPT-4 menghasilkan respons dengan lebih pantas dan cekap berbanding GPT-3.5.
d. Input Visual: GPT-4 mampu menangani input visual, berbeza dengan GPT-3.5 yang hanya memproses teks biasa dan menghasilkan teks dan kod bahasa semula jadi.
e. Saiz Konteks: GPT-4 mempunyai saiz konteks dan tetingkap yang lebih besar berbanding GPT 3.5. Ini menjadikan GPT-4 lebih pintar dan lebih baik di dalam menangani perbualan yang kompleks kerana ia dapat menyimpan lebih banyak data di dalam ingatannya sepanjang sesi chat dan untuk jangka masa yang lebih lama.
f. Bayaran: GPT3.5 boleh digunakan secara percuma oleh sesiapa sahaja, manakala GPT 4.0 pula dikenakan bayaran sebanyak USD20 sebulan.
g. Capaian Kepada Lebih Banyak Plugin: Plugin adalah tambahan pengaturcaraan ke atas sistem atau aplikasi yang meningkatkan keupayaan sistem/aplikasi tersebut. Berbanding GPT3.5, plugin yang ditawarkan kepada GPT4.0 adalah lebih banyak dan lebih berkuasa di dalam membantu usaha-usaha pemasaran anda.
Walaupun secara keseluruhannya, GPT 4.0 lebih pintar dan berkuasa berbanding GPT 3.5, namun versi 3.5 tetap masih boleh digunakan dengan cemerlang untuk pelbagai tujuan pemasaran. Malah, contoh-contoh yang dihasilkan di dalam artikel ini dibuat sepenuhnya menggunakan versi percuma GPT3.5.
3. Manafaat ChatGPT Kepada Pemasaran
Sebelum meneroka dengan lebih mendalam mengenai ChatGPT, saya kongsikan terlebih dahulu kehebatan alat ini:
1. Pembuatan Kandungan Dengan Pantas: Dengan ChatGPT, anda boleh menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dalam masa yang singkat. Ia membantu anda untuk menjana idea-idea baru dan mencipta teks-teks yang menarik dengan pantas.
2. Personalisasi Kandungan: ChatGPT boleh disesuaikan untuk menyesuaikan kandungan dengan audien anda. Ini membolehkan anda mencipta mesej yang lebih relevan dan berkesan.
3. Penjimatan Masa dan Tenaga: Anda tidak perlu lagi menghabiskan berjam-jam menulis kandungan. ChatGPT boleh mengambil alih sebahagian daripada tugas tersebut, membolehkan anda memberi tumpuan kepada strategi pemasaran yang lebih besar.
4. Kemampuan Multibahasa: Beberapa model seperti GPT-3 memiliki kemampuan untuk beroperasi di dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Ini membolehkan anda mencipta kandungan pemasaran di dalam pelbagai bahasa, dan mencapai pelanggan di peringkat antarabangsa.
4. Kelemahan-Kelemahan ChatGPT
Namun begitu, disebalik kehebatan ChatGPT, alat ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang anda perlu tahu:
1. Kurangnya Pengetahuan Terkini: ChatGPT memiliki pengetahuan terkini hingga tahun 2021. Oleh itu, ia tidak dapat memberikan maklumat terkini atau berubah-ubah.
2. Keberangkalian Menyebarkan Maklumat Tidak Tepat: ChatGPT boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat atau tidak betul. Ini boleh menjadi masalah dalam situasi di mana ketepatan sangat penting, seperti dalam bidang perubatan atau undang-undang.
3. Ketidakcukupan Dalam Menangani Konteks: Kadang-kadang, ChatGPT mungkin tidak dapat mengerti konteks secara mendalam, dan ini boleh mengakibatkan jawapan yang tidak sesuai atau tidak relevan.
4. Ketidakupayaan Menghasilkan Konten yang Benar-benar Asli: Meskipun ChatGPT boleh menghasilkan teks yang kelihatan asli, ia sebenarnya menghasilkan teks berdasarkan latihan pada data yang ada. Ini bermaksud ia mungkin menghasilkan kandungan yang sama dengan apa yang telah diajar padanya sebelumnya.
5. Ketidakupayaan Memahami Emosi dan Nuansa dengan Baik: Meskipun ChatGPT boleh menganalisis sentimen dan nada, ia mungkin tidak sentiasa dapat menghafal nuansa yang lebih kompleks dalam komunikasi manusia.
6. Potensi Penyalahgunaan: ChatGPT boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat palsu, penipuan, atau berkaitan dengan aktiviti jenayah. Ia memerlukan pengawasan dan tanggungjawab apabila digunakan secara luas.
7. Ketergantungan Pada Data Latihan: Prestasi ChatGPT bergantung pada kualiti data latihan yang digunakan untuk melatihnya. Data yang tidak seimbang atau tidak mencukupi boleh memberikan kesan negatif pada hasil yang dihasilkan.
8. Kehilangan Privasi: Dalam beberapa aplikasi, penggunaan ChatGPT boleh mengancam privasi individu jika data peribadi digunakan dalam pertukaran.
Oleh itu, walaupun ChatGPT mempunyai banyak kegunaan yang berguna, ia juga mempunyai potensi kelemahan dan risiko yang perlu diendahkan dan dikelola dengan berhati-hati.
5. Apakah Kemampuan ChatGPT?
ChatGPT telah dilatih untuk melakukan banyak perkara termasuk:
Menulis kod, artikel, salinan pemasaran, cerita, puisi, emel, esei.
Menghasilkan idea dan contoh, soalan pilihan berganda.
Menyarankan produk, perkhidmatan, filem, dan lain-lain.
Menerangkan topik yang kompleks dalam terma yang mudah difahami.
Menganalisis data statistik dan sentimen
Menterjemahkan teks dalam 95 bahasa yang berbeza.
Mencari set data dan peluang pekerjaan.
Menulis kod pengaturcaraan
Dan banyak lagi: senarai ini sentiasa berkembang.
Namun untuk artikel ini, saya akan hanya menfokuskan kepada kegunaan ChatGPT untuk tujuan pemasaran, yang merangkumi bagaimana ChatGPT digunakan untuk:
Penulisan blog
Penulisan kandungan media sosial
Penulisan eMail
Penulisan iklan jualan
Penulisan kandungan laman web
Penulisan chatBot
Penulisan untuk eCommerce
Menyelesaikan masalah pemasaran
Membina persona pelanggan
6. Tip Menulis 'Prompt' ChatGPT Yang Berkesan
'Prompt' merupakan arahan atau permintaan yang anda tulis untuk dijawab oleh ChatGPT. Untuk menulis 'prompt' yang berkesan, anda boleh mengikuti panduan-panduan berikut:
Beritahu Maksud Anda Dengan Jelas: Nyatakan dengan terperinci apa yang anda inginkan daripada ChatGPT. Semakin jelas dan terperinci permintaan anda, semakin baik dan relevan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT.
Gunakan Bahasa Formal: Gunakan bahasa formal yang sesuai dengan konteks permintaan anda. Ini membantu memastikan jawapan dari ChatGPT adalah profesional dan sesuai.
Beri Konteks yang Diperlukan: Jika perlu, berikan beberapa maklumat tambahan tentang latar belakang atau situasi yang berkaitan dengan permintaan anda. Ini membantu ChatGPT memahami konteks dengan lebih baik. Sebagai contoh; sekiranya anda inginkan nasihat terbaik di dalam pemasaran digital, maka anda perlu beritahu ChatGPT supaya bertindak sebagai seorang yang pakar di dalam bidang ini. Anda boleh mulakan 'prompt' dengan "Anda adalah seorang pakar pemasaran digital yang cukup berpengalaman di dalam membantu usahawan-usahawan berjaya di dalam kempen pemasaran digital mereka".
Guna Pertanyaan Spesifik: Jika anda mencari jawapan kepada suatu soalan, pastikan soalan itu spesifik dan mudah difahami. Gunakan kata tanya seperti "Bagaimana", "Kenapa", atau "Apakah" untuk memulakan soalan.
Pertimbangkan Arahan Kawalan: Jika anda ingin ChatGPT mengikuti arahan tertentu, nyatakan arahan tersebut secara terperinci. Contohnya, "Sertakan langkah-langkah untuk..." atau "Berikan beberapa contoh mengenai..."..atau "Saya mahu anda menulis panjang lebar tidak kurang daripada 1000 perkataan"..atau " Berikan jawapan anda di dalam bentuk jadual yang dimulakan dengan kolum....".
Sesuaikan Gaya Bertutur: Anda boleh menyesuaikan gaya bertutur ChatGPT dengan menyertakan contoh jawapan yang diinginkan atau menunjukkan gaya berkomunikasi yang anda sukai. Contohnya; gaya bertutur secara formal, peramah, jenaka, arahan keras, tidak formal, sarkastik, serius, beremosi dan sebagainya.
Berikan Maklumat Tambahan: Sekiranya diperlukan, berikan maklumat tambahan seperti sumber rujukan, tarikh penting, atau sebarang keperluan khusus yang berkaitan.
Semak dan Lengkapkan: Sebelum menghantar 'prompt' untuk diproses dan dijawab oleh ChatGPT, semak semula untuk memastikan ia lengkap dan mudah difahami. Ini membantu mencegah salah faham dan jawapan yang kurang tepat.
Contoh permintaan yang berkesan mungkin termasuk:
"Bolehkah anda berikan panduan langkah-demi-langkah untuk memulakan perniagaan kecil di Malaysia?"
"Berikan saya beberapa contoh strategi pemasaran digital yang berkesan untuk perniagaan restoran berkonsepkan tradisional di Malaysia"
"Apakah kesan perubahan undang-undang cukai yang baru ke atas perniagaan peruncitan di Malaysia?"
Dengan mengikuti panduan ini, anda akan dapat menulis 'prompt' yang lebih berkesan dan memperoleh jawapan yang lebih relevan daripada ChatGPT.
7. Penggunaan ChatGPT Untuk Menulis Artikel Blog
Anda boleh menggunakan ChatGPT untuk pelbagai tujuan penulisan di dalam blog. Antaranya;
a. Merancang jadual penulisan blog
PROMPT ChatGPT: Saya meminta bantuan anda di dalam merancang jadual kandungan untuk blog saya yang dapat meningkatkan peluang untuk mendapat kedudukan yang tinggi di dalam hasil carian pengguna di Google. Cipta tajuk blog yang menarik dan berpotensi untuk di klik. Susun tajuk-tajuk blog dalam satu jadual yang menarik secara estetik, menyerupai kalendar, dengan setiap minggu dipisahkan di dalam jadual-jadual individu. Di atas jadual, tulis "JADUAL KANDUNGAN UNTUK { BERIKAN KATA KUNCI } dengan huruf besar. Kata kunci yang ingin saya sasarkan ialah {masukkan kata kunci artikel yang anda ingin tulis}. Sila tulis dengan gaya yang {nyatakan gaya atau tona penulisan yang ada mahukan}.
Berikut merupakan jawapan ChatGPT selepas saya mengarahkannya untuk membuat tentatif jadual penulisan blog bagi katakunci PEMASARAN MEDIA SOSIAL, dan gaya secara FORMAL.
b. Meminta ChatGPT Menulis Artikel Blog Yang Dioptimakan Untuk SEO
PROMPT ChatGPT: Saya ingin anda mengambil peranan sebagai penulis kandungan SEO yang sangat mahir dan lancar di dalam bahasa Malaysia. Mulakan dengan membuat dua jadual. Jadual pertama perlu menyajikan kerangka artikel, manakala jadual kedua mengandungi artikel itu sendiri. Gunakan bahasa Markdown untuk mengetengahkan tajuk jadual kedua. Pada mulanya, buatlah kerangka artikel sebanyak 5 tajuk dan sub-tajuk (termasuk tajuk H1, H2, H3, dan H4). Kemudian, bangunkan kerangka itu langkah demi langkah.
Tulislah sebuah artikel yang asli sepanjang 2000 patah perkataan, dioptimumkan untuk SEO, dan seolah-olah ditulis oleh manusia di dalam bahasa Melayu Malaysia yang membincangkan topik {BERIKAN TOPIK}. Tulis artikel tersebut dengan menggunakan kata-kata anda sendiri tanpa menyalin dari sumber lain. Ciptakan perenggan yang menarik dan terperinci. Adalah penting untuk mengetengahkan tajuk artikel dan semua tajuk dengan tegas, menggunakan tajuk yang sesuai untuk tag H. Sila tulis dengan gaya yang MESRA.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT:
c. Meminta ChatGPT Memberikan Katakunci-Katakunci Penting Untuk Tajuk Artikel
PROMPT ChatGPT: Anda perlu bertindak sebagai pakar di dalam penyelidikan pasaran yang berkebolehan berbicara dan menulis bahasa Malaysia. Katakan bahawa anda mempunyai maklumat yang paling tepat dan komprehensif mengenai kata kunci dan mampu menghasilkan pelan kandungan SEO. Saya akan berikan kata kunci sasaran {namakan kata kunci anda}. Menggunakan kata kunci itu, bina jadual markdown yang mengandungi senarai kata kunci untuk pelan strategi kandungan SEO untuk topik {namakan topik yang relevan dengan kata kunci}. Kumpulan kata kunci berdasarkan 5 kategori utama teratas dan label lajur pertama sebagai "kluster kata kunci." Dalam lajur lain, termasuk 7 subkategori atau kata kunci ekor panjang tertentu untuk setiap cluster. Kenali maksud carian pengguna untuk kata kunci dalam lajur yang berbeza. Kumpulan topik ke dalam salah satu daripada tiga kategori niat carian: komersial, transaksi, atau maklumat, berdasarkan niat pencarian mereka. Dalam lajur lain, buat tajuk yang mudah tetapi sangat menarik untuk post yang berpusat di sekitar kata kunci itu. Dalam lajur lain, tulis meta deskripsi yang menarik antara 120 hingga 155 kata yang mempunyai potensi untuk kadar klik yang tinggi mengenai topik tersebut. Meta deskripsi harus menekankan nilai artikel dan mengandungi panggilan mudah untuk bertindak untuk mendesak pengguna untuk mengklik. Jangan gunakan kata kunci yang terlalu umum seperti “pengenalan,” “kesimpulan,” atau “tl:dr.” Fokus sahaja pada kata kunci yang paling spesifik. Jangan menjelaskan tindakan anda; hanya berikan cadangan anda di dalam jadual. Jadual penanda hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dan terdiri daripada lajur berikut: kluster kata kunci, perkataan kunci, maksud carian, tajuk, meta deskripsi. Sila tulis dalam nada MESRA.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT, apabila saya memasukkan kata kunci 'media sosial' dan topik 'strategi pemasaran media sosial yang berkesan':
d. Meminta ChatGPT Memberikan Cadangan Tajuk-Tajuk Yang Menarik Untuk Artikel Blog
PROMPT ChatGPT: Bayangkan bahawa anda seorang penulis tajuk blog pakar yang boleh bercakap dan menulis dengan lancar dalam bahasa Malaysia. Saya akan sediakan senarai kata kunci yang dipisahkan oleh , dan anda mesti mencipta 3 tajuk post blog dalam bahasa malaysia yang sangat menarik dan cenderung viral di media sosial. Kata kunci utama saya ialah {katakunci 1, katakunci 2}.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT, apabila saya memasukkan kata kunci 'pemasaran digital' dan topik 'laman web':
e. Meminta ChatGPT Menulis Deskripsi Meta Yang Menarik Untuk Artikel Blog
PROMPT ChatGPT: Tuliskan meta deskripsi yang menarik untuk artikel ini {beri URL kepada artikel blog yang dikehendaki}.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT:
8. Penggunaan ChatGPT untuk Menulis Kandungan Media Sosial
Selain untuk penulisan blog, ChatGPT juga boleh digunakan untuk mencipta kandungan media sosial dengan pantas. Antaranya;
a. Merancang Tajuk-Tajuk Untuk Kandungan Media Sosial
PROMPT CHATGPT: Rancangkan tajuk kandungan media sosial untuk tempoh 1 bulan. Tajuk-tajuk yang anda buatkan mestilah tajuk yang menarik dan mempunyai potensi tinggi untuk ditonton oleh audien sehingga habis. Tajuk-tajuk tersebut perlu disusun di dalam bentuk mingguan; minggu 1, minggu 2, minggu 3 dan minggu 4. Tajuk-tajuk yang anda cipta mestilah berkisar dengan katakunci {namakan katakunci anda}.
Berikut merupakan jawapan ChatGPT apabila saya meletakkan katakunci PEMASARAN DIGITAL.
b. Menulis Skrip Untuk Kandungan Di Media Sosial
PROMPT ChatGPT: Bayangkan anda adalah seorang penulis skrip yang sangat hebat. Saya mahu anda tuliskan skrip untuk 1 minit kandungan di TikTok. Tajuk kandungan saya adalah bagaimana ChatGPT mampu menjimatkan wang perniagaan. Tulis skrip di dalam gaya yang peramah.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT.
c. Menulis Skrip Untuk Kandungan YouTube
PROMPT ChatGPT: Saya mahu anda menulis skrip 3 minit untuk video YouTube dengan gaya santai dan menyeronokkan. Tajuk kandungan saya adalah bagaimana ChatGPT boleh digunakan di dalam pemasaran.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT.
d. Menulis Skrip Untuk Kandungan YouTube Short Beserta Cadangan Animasi
PROMPT ChatGPT: Anda seorang content creator yang hebat. saya ingin anda menulis skrip untuk video YouTube Shorts dalam gaya peramah. Cadangkan juga animasi yang perlu digunakan bagi setiap poin penting bagi menarik perhatian audien.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT.
e. Menulis Skrip Untuk Kandungan Instagram Beserta Hastag
PROMPT ChatGPT: Tulis di dalam 100 perkataan berkaitan dengan kapsyen Instagram mengenai {berikann tajuk} di dalam bentuk berinformasi dan menarik. Sediakan juga hastag yang relevan dengan tajuk tersebut.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT, apabila saya berikan tajuk berkaitan PEMASARAN MAKANAN.
9. Penggunaan ChatGPT Untuk Menulis eMail
ChaGPT juga boleh diarahkan untuk membantu anda di dalam membangunkan pemasaran eMail. Antaranya;
a. Menjana tajuk email yang berpotensi untuk diklik oleh pelanggan
PROMPT ChatGPT: Saya mengeluarkan produk {nama produk} berjenama {berikan nama jenama]}. Saya ingin menghantar email kepada pelanggan-pelanggan tentang produk baru ini. Jana 5 tajuk email untuk mempromosikan produk baru ini. Tajuk mesti menarik dan berpotensi tinggi untuk di klik oleh pelanggan.
Berikut adalah jawapan ChatGPT apabila saya masukkan kerepek sebagai nama produk dan nama jenama XYCruncy.
b. Menulis Kandungan Email Untuk Memberitahu Berkenaan Produk Baru
PROMPT ChatGPT: Anda seorang penulis kandungan yang cukup berpengalaman. Tulis kandungan email yang menarik tidak lebih 200 perkataan untuk memperkenalkan produk { nama produk } berjenama {nama jenama produk } yang baru sahaja dilancarkan di pasaran. Saya mahu kandungan itu dapat menarik minat pembaca untuk terus membelinya. Sasaran pembaca saya adalah semua golongan berusia 15 tahun ke atas.
Berikut adalah jawapan ChatGPT apabila saya masukkan kerepek sebagai nama produk dan nama jenama XYCruncy.
c. Menulis Menulis Kandungan Email Untuk Memberitahu Pelanggan Anda Telah Berpindah Ke Lokasi Baru
PROMPT ChatGPT: Anda seorang penulis kandungan yang cukup berpengalaman. Tulis kandungan email yang menarik tidak lebih 200 perkataan untuk memberitahu pelanggan bahawa kedai anda telah berpindah ke lokasi baru di alamat {Berikan alamat baru}. Saya mahu anda masukkan juga peta lokasi ke alamat ini.
Berikut adalah jawapan ChatGPT apabila saya masukkan alamat No. 45, Jalan Lakeville 37, Bandar Seri Iskandar, 32610 Perak.
d. Menulis Kandungan Email Untuk Memberitahu Pelanggan Tentang Promosi Yang Ditawarkan
PROMPT ChatGPT: Tulis e-mel promosi untuk potongan harga 50% untuk {nama produk atau servis} sepanjang bulan Oktober.
Berikut adalah sebahagian jawapan ChatGPT apabila saya masuk produk 'bingkai kustom'.
Berikut merupakan contoh-contoh lain prompt Pemasaran Email yang anda boleh arahkan ChatGPT melaksanakanya:
Berdasarkan e-mel di bawah, tulis 10 cadangan tajuk yang menarik dan berpotensi untuk diklik oleh pembaca. Setiap tajuk mesti tidak melebihi 6 perkataan.
Buang semua tajuk email-email saya dibawah yang mempunyai unsur spam.
Berikut merupakan skrip daripada episod podcast saya. Buat e-mel yang menarik yang akan membuat pelanggan saya mahu mendengar podcast ini. Masukkan emoji yang bersesuaian dengan email tersebut.
Saya menjalankan kedai online di mana orang boleh membeli barang-barang. Tulis 3 e-mel selepas pembelian yang boleh saya gunakan untuk upsell dan cross-sell.
Buat e-mel saya di bawah lebih menarik supaya orang yang membacanya terdorong untuk menjawab.
Tulis email untuk mengingatkan pelanggan menyempurnakan pembelian mereka dengan segera sebelum kehabisan stok. Barang yang masukkan ke dalam troli adalah {namakan barang tersebut}.
Tulis email untuk mengingatkan pelanggan bahawa tempoh langganan servis {namakan servis tersebut} mereka tamat pada {namakan tarikh}. Suruh pelanggan tersebut memperbaharui langganan mereka dengan kadar segera sebelum mereka kehilangan keistimewaan untuk mendapat {namakan perkara-perkara yang pelanggan hilang sekiranya tidak memperbaharuninya}.
Tulis email kepada {nama pelanggan} untuk mengucapkan tahniah kerana pelanggan tersebut berjaya menjadi pemenang kepada peraduan {namakan peraduan yang anda adakan}.
10. Penggunaan ChatGPT Untuk Membina Laman Web
Berikut merupakan antara arahan yang anda boleh berikan kepada ChatGPT di dalam pembangunan dan pengoptimaan laman web.
a. Meminta ChatGPT mencadangkan maklumat-maklumat terbaik perlu di sediakan di dalam laman web untuk kategori perniagaan.
Prompt ChatGPT: Saya mempunyai perniagaan restoran Korea. Saya ingin membina laman web untuk perniagaan saya. Apakah 5 laman-laman yang terbaik yang perlu saya masukkan ke dalam laman web saya?
Berikut merupakan jawapan ChatGPT:
b. Meminta ChatGPT mencadangkan tajuk utama serta isi kandungan di dalam setiap laman web anda
Prompt ChatGPT: Untuk laman utama saya, boleh anda cadangkan 5 tajuk yang menarik dengan kata kunci {masukkan kata kunci terpenting perniagaan anda}. Cadangkan juga ayat yang perlu saya tulis di dalam paragraph 1 laman web ini.
Berikut adalah jawapan ChatGPT apabila saya masukkan kata kunci 'restoran korea terbaik di Ipoh'
c. Meminta cadangan ChatGPT bagaimana menjadikan laman web anda lebih baik daripada pesaing utama anda.
Prompt ChatGPT: Ini adalah laman web saya {berikan URL laman web anda}. Berikan cadangan-cadangan bagaimana laman web saya lebih baik dan berkesan berbanding laman web pesaing saya {berikan URL laman web pesaing}.
Berikut adalah jawapan ChatGPT:
11. Penggunaan ChatGPT Untuk Membina Persona Pelanggan
Persona pelanggan adalah gambaran fiksyen tentang pelanggan anda yang meliputi maklumat demografi, hobi, kesukaan, masalah yang dihadapi dan sebagainya. Untuk membina persona pelanggan, adakalanya mengambil masa yang lama untuk menghasilkan profil yang tepat dan komprehensif. Mujurlah ada ChatGPT untuk memudahkan kerja anda. Antara yang anda boleh arahakan adalah:
a. Anda boleh meminta ChatGPT membina persona pelanggan yang sempurna untuk perniagaan anda.
Prompt ChatGPT: Saya mempunyai perniagaan {nyatakan jenis dan apa yang ditawarkan oleh perniagaan anda}. Cadangkan persona pelanggan sasaran saya.
Berikut merupakan jawapan ChatGPT, apabila saya menyatakan saya menjalankan perniagaan restoran Korea:
b. Meminta ChatGPT mencadangkan strategi pemasaran digital terbaik untuk persona pelanggan yang ditetapkan
Prompt ChatGPT: Boleh anda cadangkan strategi pemasaran terbaik untuk persona pelanggan tersebut?
Berikut adalah jawapan ChatGPT:
12. Penggunaan ChatGPT Untuk Pengiklanan
Menulis ayat-ayat iklan yang berjaya memujuk pelanggan membuat tindakan tertentu adalah satu seni yang cukup sukar. Sebab itulah, penulis ayat-ayat iklan yang berkemahiran akan dibayar dengan upah yang mahal. Mujurlah, dengan adanya ChatGPT, anda boleh mengelakkan kos membayar penulis iklan sekaligus mampu mengurangkan bajet pemasaran anda. ChatGPT berkemampuan untuk membantu anda menulis ayat-ayat iklan untuk semua platform dan tujuan. Umpamanya; menulis ayat iklan untuk iklan anda di media sosial, di radio, TV mahupun bahan-bahan pengiklanan bercetak. Berikut saya berikan sedikit contoh arahan-arahan yang anda boleh berikan kepada ChatGPT untuk melaksanakan kempen iklan anda.
a. Meminta panduan untuk mengiklankan di Google Ads, Facebook Ads, Tiktok Ads dan lain-lain.
Prompt ChatGPT: Bolehkan anda cadangkan langkah demi langkah yang saya perlu lakukan untuk mengiklankan perniagaan {nyatakan apa yang anda tawarkan} saya di Google Ads?
Berikut merupakan jawapan ChatGPT apabila saya ingin mengiklankan perniagaan kereta terpakai.
b. Meminta ChatGPT mencadangkan tajuk dan isikandungan iklan
Prompt ChatGPT: Saya adalah {nyatakan dengan jelas dan lengkap perniagaan yang anda tawarkan}, dan anda adalah seorang penulis iklan yang sangat hebat. Boleh anda bantu saya menulis teks iklan yang sangat menarik dan mampu membuat pembacanya membuat tindakan untuk membeli.
Berikut merupakan jawapan ChatGPT apabila saya ingin mengiklankan perniagaan kereta terpakai.
c. Meminta ChatGPT mencadangkan variasi tajuk dan deskripsi iklan di Google Ads
Prompt ChatGPT: Saya ingin mengiklankan perniagaan kereta terpakai saya di Google Ads. Cadangkan 5 tajuk dan 3 deskripsi iklan yang sangat menarik dan berpotensi untuk di klik oleh pembaca. Tajuk tidak boleh melebihi 30 aksara, manakala deskripsi iklan tidak boleh melebihi 90 aksara.
Berikut merupakan jawapan ChatGPT apabila saya ingin mengiklankan perniagaan kereta terpakai.
d. Meminta ChatGPT membuat perancangan strategik untuk pemasaran perniagaan anda
Prompt ChatGPT: Saya adalah peniaga {namakan perniagaan anda}. Saya tidak pernah membuat iklan di mana-mana medium sebelum ini. Boleh beri cadangan tentang perancangan jangka pendek dan jangka panjang di dalam aspek pengiklanan, yang saya perlu lakukan bagi memastikan usaha pengiklanan saya mencapai kejayaan cemerlang.
Berikut merupakan jawapan ChatGPT apabila saya ingin memintanya untuk merancang strategi perniagaan kereta terpakai.
e. Meminta nasihat ChatGPT tentang platform pengiklanan yang terbaik untuk perniagaan anda
Prompt ChatGPT: Saya adalah peniaga {namakan perniagaan anda}. Perniagaan saya menawarkan {namakan secara terperinci apa yang perniagaan anda tawarkan}. Saya merupakan peniaga kecil dengan keuntungan bersih tahunan sekitar {nyatakan keuntungan perniagaan anda}. Saya mempunyai keazaman yang tinggi untuk menggandakan keuntungan perniagaan saya melalui pengiklanan yang lebih agresif. Dengan kemampuan kewangan perniagaan saya serta jenis perniagaan yang saya jalankan, bolehkan anda cadangkan platform pengiklanan yang terbaik dan berapakah bajet yang saya perlu peruntukan sebulan untuk mengoptimakan kejayaan pengiklanan saya.
Berikut merupakan jawapan ChatGPT untuk perniagaan butik pengantin saya yang mempunyai keuntungan bersih tahunan RM300,000.
f. Meminta ChatGPT menulis teks iklan untuk Facebook Ads
Prompt ChatGPT: Saya ingin membuat iklan di Facebook Ads bagi menawarkan eBook percuma bertajuk "Panduan Lengkap ChatGPT Untuk Pemasaran". Tujuan eBook percuma ini adalah untuk mendapatkan leads. Cadangan 3 teks iklan yang menarik dan mampu mendorong pembaca untuk memberikan maklumat peribadi mereka.
Berikut merupakan jawapan ChatGPT :
13. Penggunaan ChatGPT Untuk Menulis ChatBot
Chatbot adalah pembantu maya yang boleh menggantikan manusia di dalam berinteraksi dengan pelanggan. Ia telah menjadi komponen penting di dalam bahagian khidmat pelanggan. Berikut merupakan 2 contoh arahan Chatbot yang anda boleh gunakan di dalam pemasaran anda.
Prompt ChatGPT: Tulis skrip chatbot untuk seorang pembantu maya (virtual assistant) untuk membantu pelanggan dengan pertanyaan produk.
Jwapan ChatGPT:
Prompt ChatGPT: Tulis skrip chatbot untuk seorang wakil perkhidmatan pelanggan untuk mengendalikan soalan-soalan yang sering ditanya dan kebimbangan
Jwapan ChatGPT:
14. Penggunaan ChatGPT Untuk eCommerce
Anda ada kedai eCommerce (kedai online) ? Tidak kiralah samada di Shopee, Lazada atau kedai eCommerce anda sendiri, anda boleh gunakan ChatGPT untuk pelbagai tujuan perdagangan di platform online. Antara arahan yang anda boleh berikan adalah:
a. Prompt ChatGPT: Bina halaman produk untuk {nama produk}. Sertakan tajuk, keterangan, dan dua ratus patah perkataan kandungan yang menjelaskan {nilai-nilai atau manafaat yang ditawarkan oleh produk}.
Jawapan ChatGPT untuk produk motosikal elektrik.
b. Prompt ChatGPT: Anda adalah pakar ecommerce. tulis tajuk dan deskripsi bagi produk mee pedas maggi goreng yang dikeluarkan oleh jenama maggi
Jawapan ChatGPT:
c. Prompt ChatGPT: Awak adalah pakar pemasaran Shopee yang hebat. Bagaimana saya nak memastikan kedai Shopee saya menonjol dan produk-produk saya dibeli pelanggan?
Jawapan ChatGPT:
15. Penggunaan ChatGPT Untuk Menyelesaikan Masalah Pemasaran
Ini merupakan bahagian yang paling menyeronokkan kepada peniaga-peniaga kerana mereka sudah tidak perlu untuk mendapatkan khidmat nasihat konsultant berbayar apabila menghadapi masalah-masalah perniagaan. Sekiranya perniagaan anda menghadapai masalah berkaitan pemasaran, operasi dan sebagainya, anda boleh cuba mendapatkan pandangan daripada ChatGPT terlebih dahulu untuk cadangan penyelesaian. Antara arahan yang anda boleh berikan kepada ChatGPT adalah:
a. Prompt ChatGPT: Saya menjalankan perniagaan restoran Thai. Semenjak setahun yang lalu, perniagaan saya menjadi teruk disebabkan terlalu banyak persaingan. Apakah yang boleh saya lakukan untuk memastikan perniagaan saya maju kembali?
Jawapan ChaGPT:
b. Prompt ChatGPT: Saya menjalankan perniagaan kek. Kos membuat 1 kek adalah RM30. Harga jualan sebiji kek pula adalah RM80. Kos overhead saya setiap bulan adalah RM10000. Berapa biji kek yang saya perlu jual setiap bulan untuk mendapat keuntungan RM20000?
c. Prompt ChatGPT: Saya menjalankan perniagaan restoran masakan Barat. Kos operasi perniagaan saya semakin meningkat disebabkan oleh sewa yang naik, gaji pekerja yang semakin tinggi dan bahan mentah yang semakin mahal. Saya tidak mahu menaikkan harga-harga makanan saya sebab persaingan di dalam perniagaan restoran di tempat saya terlalu sengit. Apakah solusi yang anda cadangkan kepada saya bagi mengurangkan kos operasi, tanpa perlu menaikkan harga makanan.
16. Penggunaan ChatGPT Untuk Menganalisis Data Pemasaran
Kegunaan terakhir ini adalah berkaitan dengan analisis data pemasaran. Anda boleh kongsikan data anda, dan kemudian minta ChatGPT menganalisanya mengikut objektif yang anda ingin capai. Sebagai contoh; saya ingin meminta ChatGPT menganalisis komen-komen yang diberikan oleh pelanggan di profil perniagaan saya di Google, dan menyatakan apakah pandangan positif dan negatif yang diberikan oleh pelanggan, dan bagaimanakah saya boleh memperbaiki perniagaan saya, berdasarkan komen negatif yang diterima.
Prompt ChaGPT: Saya mahu anda menganalisis komen-komen yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan saya di Google Business Profile. Mula-mula, anda perlu analisa komen-komen tersebut. Kemudian, anda perlu nyatakan 5 komen paling positif dan 5 komen paling negatif yang ditulis oleh pelanggan mengenai perniagaan saya. Dan, berdasarkan komen negatif, apakah cadangan anda untuk saya memperbaiki perniagaan saya. Ini merupakan komen-komen pelanggan yang saya nyatakan tadi.
Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT:
Kesimpulan
Di dalam dunia pemasaran yang semakin berkembang, penggunaan ChatGPT telah membuka peluang baru yang cukup menarik kepada perniagaan. Ia membolehkan pengiklan dan peniaga berinteraksi dengan pelanggan secara lebih peribadi dan berkesan. Di dalam artikel ini, saya telah kongsikan bagaimana ChatGPT boleh digunakan untuk tujuan pemasaran. Antaranya; untuk menghasilkan kandungan berkualiti, memberikan jawapan segera kepada pelanggan, dan menyelesaikan masalah-masalah pemasaran dengan pantas.
Untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat, anda perlu memberikan maklumat yang lebih jelas dan terperinci kepada ChatGPT. Sekiranya anda tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan, anda boleh tekan butang "regenerate' untuk mengarahkan ChatGPT memberikan jawapan yang lain. Anda boleh tekan butang 'regenerate' ini beberapa kali sehingga anda mendapat jawapan yang memuaskan hati. Atau, anda boleh memperbaiki 'prompt' anda.
'Prompt' yang saya kongsikan di artikel ini hanyalah contoh kecil daripada kemampuan sebenar ChatGPT. Anda boleh arahkan ChatGPT menyelesaikan banyak perkara termasuklah masalah-masalah pemasaran yang kritial dan kompleks. Cubalah bereksperimen dengan memberikan pelbagai bentuk arahan kepada ChatGPT untuk anda mahir di dalam bidang ini.
Dengan perkembangan teknologi ini, adalah penting untuk memanfaatkan ChatGPT secara bijak di dalam strategi pemasaran untuk menjana pertumbuhan dan kepuasan pelanggan yang lebih besar. Namun begitu, perlu diingatkan untuk mengimbangi kelebihan teknologi ini dengan pemahaman mendalam mengenai etika penggunaannya. Selain itu, anda perlu kekal menjaga sentuhan kemanusiaan di dalam interaksi anda dengan pelanggan-pelanggan anda.
Sila baca artikel berkaitan:
Bagaimana menggunakan arahan khas (custom instruction) di ChatGPT dengan berkesan
Memahami persona pelanggan: panduan lengkap untuk usahawan dan ahli pemasaran