Panduan Lengkap Mencari Keywords Terbaik Untuk Local SEO

LOCAL SEO

Dr. Kamisah Kormin

3/15/202510 min read

Pengenalan kepada Local SEO

Local SEO ni sebenarnya salah satu strategi pemasaran digital yang sangat penting, terutamanya untuk bisnes kecil yang nak tarik pelanggan dekat kawasan mereka. Senang cerita, Local SEO ni membantu bisnes muncul dalam hasil carian Google bila orang cari produk atau servis di lokasi tertentu. Caranya? Gunakan kata kunci keywords) yang berkaitan dengan tempat supaya bisnes kita lebih senang ditemui oleh pelanggan yang memang tengah mencari.

Dalam zaman sekarang, hampir semua orang guna internet untuk cari sesuatuβ€”nak makan kat mana, cari bengkel kereta, atau nak tahu tempat urut yang best. Menurut kajian, lebih 70% orang yang buat carian tempatan akan terus pergi ke kedai atau tempat yang mereka jumpa dalam masa 24 jam. Jadi, kalau bisnes kecil nak bersaing, memang kena manfaatkan Local SEO ni betul-betul.

Contohnya, kalau anda ada kafe di Kuala Lumpur, keyword macam β€œkafe terbaik di Kuala Lumpur” atau β€œkafe dengan wifi percuma di Kuala Lumpur” boleh bantu bisnes anda muncul di carian Google bila pelanggan taip benda yang sama. Bila website atau profil bisnes anda dioptimumkan dengan keyword yang betul, bukan saja trafik ke laman web meningkat, tapi anda juga dapat tarik pelanggan yang memang serius nak beli atau guna servis anda. Dengan Local SEO, bukan sekadar nak dapatkan lebih ramai orang nampak bisnes kita, tapi juga nak bina kepercayaan dengan pelanggan setempat yang betul-betul perlukan apa yang kita tawarkan.

Apa Itu Kata Kunci & Jenis-Jenisnya?

Kata kunci atau keyword ni sebenarnya istilah atau frasa yang orang guna bila mereka cari sesuatu di Google. Dalam dunia pemasaran digital dan SEO, keyword ni sangat penting sebab ia menentukan sama ada bisnes anda boleh muncul dalam carian atau tidak. Kalau kena dengan strateginya, keyword boleh bantu tarik lebih ramai pelanggan ke laman web atau profil perniagaan anda.

Nak guna keyword dengan betul? Mula-mula, anda kena tahu jenis-jenisnya dulu.

1. Kata Kunci Pendek (Short-Tail Keywords)

Keyword jenis ni biasanya terdiri daripada satu atau dua perkataan, contohnya:

  • Restoran

  • Bunga

  • Kedai kopi

Kelebihannya? Keyword ni ada carian yang tinggi sebab ramai orang guna. Tapi, cabarannya pula ialah persaingan yang sangat tinggi dan kurang spesifik. Kalau bisnes anda baru nak naik, agak susah untuk bersaing dengan jenama besar yang dah lama dalam industri.

2. Kata Kunci Panjang (Long-Tail Keywords)

Keyword panjang ni biasanya ada tiga perkataan atau lebih dan lebih spesifik. Contohnya:

  • Restoran makanan laut terbaik di Kuala Lumpur

  • Kedai bunga murah untuk hantaran di Shah Alam

  • Kafe dengan kopi sedap dan WiFi di Penang

Keyword macam ni lebih mudah untuk ranking sebab persaingannya rendah, dan lebih relevan dengan niat pencarian pengguna. Biasanya, orang yang guna long-tail keyword memang dah ada niat nak beli atau mendapatkan perkhidmatan tertentu.

3. Kata Kunci Setempat (Local Keywords)

Kalau anda nak tarik pelanggan yang berada di kawasan tertentu, local keywords adalah kunci kejayaan. Ia biasanya mengandungi nama tempat atau kod pos, contohnya:

  • Perkhidmatan pembersihan rumah di Ampang

  • Kedai kek custom di Kota Bharu

  • Pusat fisioterapi di Ipoh

Bila guna keyword setempat, perniagaan anda lebih mudah ditemui oleh pelanggan yang memang berada dekat dengan lokasi anda. Ini penting untuk perniagaan yang bergantung pada pelanggan kawasan setempat, seperti restoran, spa, kedai runcit, dan sebagainya.

Nak pilih keyword yang terbaik? Pastikan ia sesuai dengan jenis perniagaan dan sasaran pelanggan anda. Kalau nak tarik trafik yang banyak, boleh guna kata kunci pendek, tapi kalau nak sasaran yang lebih tepat dan pelanggan yang betul-betul berminat, gunakan kata kunci panjang dan setempat.

Cara-Cara Mencari Keywords Terbaik untuk Perniagaan Tempatan

Nak tarik lebih ramai pelanggan melalui carian Google? Anda kena guna keyword yang betul. Tapi, macam mana nak cari keyword yang betul-betul sesuai untuk perniagaan anda? Jangan risau, ada banyak cara yang anda boleh guna untuk cari keyword terbaik supaya bisnes anda boleh muncul di halaman pertama carian Google. Jom kita tengok satu per satu!

1. Gunakan Google Autocomplete (Cadangan Carian Google)

Cara paling mudah untuk cari keyword adalah dengan guna Google sendiri! Bila anda taip sesuatu dalam Google, anda mesti perasan Google akan bagi cadangan carian secara automatik. Cadangan ni datang daripada carian sebenar yang dibuat oleh pengguna lain.

πŸ’‘ Contoh:
Katakan anda ada kedai makan di Johor Bahru. Bila anda taip "kedai makan Johor Bahru", Google mungkin akan bagi cadangan seperti:

  • Kedai makan sedap di Johor Bahru

  • Kedai makan murah di Johor Bahru

  • Kedai makan hipster di Johor Bahru

Cadangan-cadangan ni adalah keyword yang popular dan banyak dicari. Anda boleh guna keyword ni dalam kandungan laman web, Google Business Profile, atau media sosial anda untuk tarik lebih banyak pelanggan.

Contoh cari keywords melalui Google Autocomplete

2. Guna "People Also Ask" & "Searches Related To" di Google

Selain autocomplete, satu lagi trik ialah guna bahagian "People Also Ask" dan "Searches Related To" di Google. Ini adalah soalan-soalan atau carian yang berkaitan dengan apa yang orang selalu cari.

πŸ’‘ Contoh:


Jika anda cari "kedai gunting rambut lelaki murah", Google mungkin tunjukkan:

  • "Berapa harga gunting rambut di Malaysia?"

  • "Kedai gunting rambut terbaik untuk lelaki di KL?"

Ini adalah keyword yang orang betul-betul tanya dan cari, jadi anda boleh jadikan idea untuk blog, FAQ, atau kandungan laman web anda.

Contoh cari keywords melalui 'People also search for'

3. Guna Google Keyword Planner

Kalau anda nak lebih spesifik dan nak tengok berapa ramai orang cari sesuatu keyword setiap bulan, Google Keyword Planner adalah tool yang terbaik.

πŸ’‘ Cara guna:

  1. Pergi ke Google Ads Keyword Planner

  2. Masukkan keyword berkaitan, contoh: "kedai kek di Penang"

  3. Google akan tunjukkan jumlah carian bulanan dan persaingan keyword tersebut

Anda boleh pilih keyword yang banyak carian tapi persaingan rendah untuk lebih mudah ranking di Google!

Antaramuka Google keyword planner. Anda hanya boleh access tool ini kalau anda mempunyai akaun Google Ads yang aktif.

4. Gunakan Ubersuggest atau Ahrefs (Lebih Banyak Data)

Selain Google Keyword Planner, anda boleh guna Ubersuggest atau Ahrefs untuk dapatkan lebih banyak keyword yang berkaitan. Tapi, kedua-dua tools ini kena bayar kalau nak gunakan.

πŸ’‘ Contoh:


Jika anda jual kasut sukan, anda boleh taip "kasut sukan lelaki" dalam Ubersuggest dan ia akan keluarkan keyword seperti:

  • "kasut sukan terbaik untuk jogging"

  • "kasut sukan murah di Malaysia"

  • "kasut sukan Adidas vs Nike"

Dengan tool ni, anda boleh nampak berapa ramai orang cari keyword tu, persaingan, dan trend carian.

5. Stalk Komen dan Review Pelanggan

Kadang-kadang, keyword terbaik datang terus daripada pelanggan sendiri! Cara mudah, anda boleh:

  • Tengok komen pelanggan di media sosial

  • Baca review Google atau Shopee

  • Semak forum seperti Lowyat atau Facebook Group

πŸ’‘ Contoh:

Jika anda ada spa urut di Melaka, dan ramai pelanggan komen "susah nak cari tempat urut untuk wanita Muslimah", anda boleh jadikan "spa urut Muslimah di Melaka" sebagai keyword!

Review pelanggan merupakan lubuk emas untuk mencari keywords terbaik untuk perniagaan anda.

6. Tengok Website Pesaing

Kadang-kadang, cara paling mudah ialah tengok pesaing yang dah berjaya! Anda boleh:

  • Pergi ke website pesaing

  • Copy URL mereka

  • Gunakan Ahrefs atau Ubersuggest untuk lihat keyword yang mereka guna

πŸ’‘ Contoh:


Jika anda tengok website pesaing kedai perabot, anda mungkin jumpa keyword seperti:

  • "kedai perabot murah di Selangor"

  • "perabot moden harga berpatutan"

Anda boleh guna keyword yang sama atau ubah suai supaya lebih unik untuk perniagaan anda.

keywords pesaing
keywords pesaing

Untuk mencari keywords pesaing, utamakan laman web pesaing yang berada dirangking teratas. Kaji apa keywords yang mereka gunakan di url, tajuk dan kandungan laman web mereka.

7. Gunakan Media Sosial untuk Cari Trend Keyword

Orang sekarang banyak guna media sosial untuk cari tempat makan, beli produk, atau cari servis. Jadi, anda boleh cari keyword melalui:

  • TikTok Search

  • Instagram Hashtag

  • Facebook Marketplace

πŸ’‘ Contoh:

Kalau anda nak jual bubble tea, cuba taip "bubble tea Malaysia" di TikTok, dan anda mungkin jumpa video trending dengan tajuk seperti:

  • "Bubble Tea viral di KL"

  • "Top 5 Bubble Tea paling sedap di Malaysia"

Anda boleh guna keyword ni dalam strategi SEO anda!

Di TikTok juga, anda boleh cari keywords yang biasa digunakan oleh pelanggan untuk mencari maklumat berkaitan plumber.

8. Gunakan Generative AI Untuk Cari Keywords

Kalau nak cari keywords untuk bisnes tapi malas nak pecah kepala, Gen AI macam ChatGPT, Gemini, dan Perplexity boleh jadi kawan baik anda. AI ni tak boleh bagi data macam search volume atau keyword difficulty, tapi ia boleh bantu bagi idea keyword yang relevan dalam masa beberapa saat sahaja.

Macam Mana Nak Cari Keywords dengan AI?

1️⃣ Tanya AI dengan spesifik
πŸ‘‰ Contoh: "Saya ada kedai gunting rambut di Johor Bahru. Apa kata kunci terbaik untuk SEO?"
πŸ’‘ AI akan bagi senarai keyword yang berkaitan macam:

  • Kedai gunting rambut Johor Bahru

  • Barbershop murah JB

  • Potong rambut lelaki terbaik JB

2️⃣ Minta AI buat kategori keyword
πŸ‘‰ Contoh: "Pecahkan keyword ini ikut kategori seperti short-tail, long-tail & local keywords."
πŸ’‘ AI akan susun macam ni:

  • Short-tail: gunting rambut

  • Long-tail: kedai gunting rambut murah di Johor Bahru

  • Local: barbershop Muslim-friendly JB

3️⃣ Gunakan AI untuk idea soalan β€˜People Also Ask’
πŸ‘‰ Contoh: "Apa soalan popular yang orang tanya tentang gunting rambut di JB?"
πŸ’‘ AI mungkin beri:

  • Kedai gunting rambut yang buka malam di JB?

  • Harga potong rambut di Johor Bahru?

  • Mana tempat potong rambut Muslimah di JB?

4️⃣ Guna AI untuk trend keyword semasa
πŸ‘‰ Contoh: "Apa keyword trending tentang makanan sihat di Malaysia 2025?"
πŸ’‘ AI akan hasilkan keyword berdasarkan trend terkini, contohnya:

  • Resepi diet rendah gula

  • Makanan keto terbaik di KL

  • Kedai makanan vegan popular

Perhatian: AI Bagus untuk Cari Keywords Tapi…

❌ AI tak boleh bagi data jumlah carian (search volume) & tahap persaingan keyword
βœ… Tapi boleh bantu brainstorm idea, susun keyword & bagi trend keyword semasa

Di Mana Nak Letak Keywords untuk Maksimumkan Local SEO?

Dah jumpa keyword power untuk bisnes anda? Bagus! Tapi kalau tak letak di tempat yang betul, Google tetap susah nak ranking laman web atau profil perniagaan anda. Jadi, jom kita tengok tempat-tempat strategik untuk letak keyword supaya lebih ramai pelanggan boleh jumpa anda di Google! πŸš€

1. Dalam Tajuk Utama (Title Tag)

Tajuk utama adalah antara faktor terpenting dalam SEO, sebab Google baca tajuk dulu sebelum tentukan sama ada laman web anda relevan dengan carian pengguna. Tajuk ni juga yang akan muncul di hasil carian Google.

πŸ’‘ Cara guna:

  • Pastikan keyword utama ada di dalam tajuk.

  • Cuba letakkan keyword di bahagian awal tajuk untuk kesan maksimum.

  • Gunakan tajuk yang menarik supaya orang nak klik.

βœ… Contoh:
Anda ada kedai gunting rambut di Johor Bahru, jadi:

  • ❌ Gunting Rambut Murah & Bergaya – Salon ABC (Kurang efektif)

  • βœ… Kedai Gunting Rambut Murah di Johor Bahru – Salon ABC (Lebih spesifik dan SEO-friendly)

2. Dalam Meta Description (Penerangan Ringkas)

Meta description ialah teks pendek yang muncul di bawah tajuk dalam hasil carian Google. Walaupun ia tak memberi kesan langsung kepada ranking, ia penting sebab membantu menarik perhatian orang untuk klik ke laman web anda.

πŸ’‘ Cara guna:

  • Letakkan keyword sekali atau dua kali sahaja.

  • Tulis ayat yang menarik dan meyakinkan supaya orang nak klik.

βœ… Contoh:
"Mencari kedai gunting rambut murah di Johor Bahru? Kami menawarkan potongan rambut kemas & trendy dengan harga berpatutan. Walk-in atau tempah sekarang!"

3. Dalam URL (Alamat Laman Web)

Google juga baca URL untuk faham kandungan laman web anda. URL yang pendek, jelas dan mengandungi keyword boleh bantu SEO anda.

πŸ’‘ Cara guna:

  • Gunakan kata kunci yang spesifik dalam URL.

  • Elakkan URL yang terlalu panjang atau mengandungi nombor rawak.

βœ… Contoh:

4. Dalam Heading (H1, H2, H3, H4…)

Heading adalah tajuk kecil dalam kandungan anda. Google baca heading untuk faham struktur dan isi kandungan laman web.

πŸ’‘ Cara guna:

  • Letakkan keyword dalam H1 (tajuk utama) dan sekurang-kurangnya satu H2 (tajuk kecil).

  • Jangan paksa letak keyword dalam semua heading – guna secara semula jadi.

βœ… Contoh:


H1: Kedai Gunting Rambut Murah di Johor Bahru – Potongan Kemas & Bergaya!
H2: Kenapa Pilih Kedai Kami?
H2: Harga Gunting Rambut di Johor Bahru

5. Dalam Kandungan (Content & Artikel Blog)

Kandungan adalah raja dalam SEO. Google suka laman web yang ada kandungan berkualiti, panjang, dan menjawab soalan pengguna.

πŸ’‘ Cara guna:

  • Gunakan keyword secara semula jadi dalam perenggan pertama, tengah, dan akhir.

  • Jangan spam keyword – Google boleh kesan dan penalti anda!

  • Jika boleh, guna keyword dalam bentuk soalan dan jawapan.

βœ… Contoh perenggan pertama:
"Mencari kedai gunting rambut murah di Johor Bahru? Kami di Salon ABC menawarkan servis gunting rambut berkualiti tinggi dengan harga berpatutan. Tak kira sama ada anda mahu gaya klasik atau moden, kami sedia membantu!"

βœ… Contoh dalam kandungan:
"Bagi mereka yang mencari kedai gunting rambut lelaki di Johor Bahru, kami ada pelbagai pilihan gaya yang sesuai untuk semua peringkat umur."

6. Dalam Gambar (Alt Text & Nama Fail)

Google tak boleh baca gambar, tapi Google boleh baca alt text dan nama fail gambar. Jadi, kalau anda nak gambar di laman web muncul di Google Image Search, letak keyword dalam alt text dan nama fail.

πŸ’‘ Cara guna:

  • Gunakan nama fail gambar yang mengandungi keyword.

  • Gunakan alt text yang menerangkan gambar dengan jelas.

βœ… Contoh:

  • Nama fail: kedai-gunting-rambut-johor-bahru.jpg

  • Alt text: "Kedai gunting rambut murah di Johor Bahru dengan servis potongan rambut moden."

7. Dalam Google Business Profile (Google Business Profile)

Kalau anda nak perniagaan muncul dalam carian β€œnear me”, profil Google Business Profile (GBP) anda kena ada keyword lokasi yang relevan.

πŸ’‘ Cara guna:

  • Letakkan keyword dalam Nama Perniagaan jika boleh.

  • Masukkan keyword dalam bahagian perihalan perniagaan.

  • Gunakan keyword dalam ulasan (reviews) dengan meminta pelanggan menyebut lokasi dan servis anda.

βœ… Contoh Perihalan GBP:
"Salon ABC ialah kedai gunting rambut murah di Johor Bahru yang menawarkan potongan rambut moden untuk lelaki dan wanita. Kami beroperasi setiap hari dan menerima walk-in serta tempahan!"

βœ… Contoh ulasan pelanggan yang bagus untuk SEO:
"Saya suka gunting rambut di Salon ABC, salah satu kedai gunting rambut terbaik di Johor Bahru! Servis cepat dan hasil sangat memuaskan."

8. Dalam Media Sosial & Hashtag

Google juga boleh indekskan posting media sosial anda, jadi pastikan anda gunakan keyword dalam caption dan hashtag.

πŸ’‘ Cara guna:

  • Gunakan keyword dalam bio Instagram/Facebook.

  • Gunakan keyword dalam caption post.

  • Gunakan hashtag yang berkaitan dengan keyword dan lokasi.

βœ… Contoh caption Instagram:
"Nak potongan rambut kemas dan trendy? πŸ’‡β€β™‚οΈπŸ’‡β€β™€οΈ Jom datang ke kedai gunting rambut murah di Johor Bahru! Kami sedia memberikan servis terbaik untuk anda. Walk-in sahaja! #guntingrambut #kedairambutJB #barberJohorBahru"

Jangan lupa! Gunakan keyword secara semula jadi dan fokus pada pengalaman pengguna. Bila anda buat dengan betul, bukan saja ranking Google naik, tapi pelanggan juga lebih mudah jumpa anda! πŸš€

Kesimpulan

Cari keyword yang sesuai untuk perniagaan tempatan ni sebenarnya tak susah kalau anda tahu teknik yang betul. Guna kombinasi dibawah untuk cari keyword yang banyak carian, dan sesuai dengan bisnes anda.

βœ… Google Autocomple
βœ… 'Peoople also search' atau 'search related to' di Google
βœ… Google keywords planner
βœ… Aplikasi Ubersuggest dan Ahrefs
βœ… Stalk komen dan review pelanggan
βœ… Media sosial

βœ… Laman web pesaing

Bila dah jumpa, letak keyword di tempat yang betul boleh bantu Google faham bisnes anda dan tingkatkan peluang anda untuk muncul di halaman pertama hasil carian. Tempat paling penting untuk letak keyword ialah:


βœ… Title tag & Meta description
βœ… URL & Heading (H1, H2, H3)
βœ… Dalam kandungan & blog
βœ… Alt text gambar
βœ… Google Business Profile
βœ… Media sosial & hashtag

Jangan lupa! Gunakan keyword secara semula jadi dan fokus pada pengalaman pengguna. Bila anda buat dengan betul, bukan saja ranking Google naik, tapi pelanggan juga lebih mudah jumpa anda! πŸš€

Jangan lupa baca artikel-artikel yang berkaitan:

1. Rahsia media sosial anda muncul di hasil carian Google: Strategi Mudah Untuk Peniaga Tempatan.

2. Pelanggan tak jumpa perniagaan anda? Ini strategi Local SEO yang mesti anda guna.