Bagaimana Pemasaran Memberi Manafaat Kepada Organisasi, Pihak Berkepentingan dan Masyarakat

rtikel ini membahas bagaimana pemasaran bukan sekadar jualan, tetapi memberi manfaat kepada syarikat, pelanggan, pekerja, dan masyarakat secara keseluruhan, dengan mendorong inovasi, meningkatkan ekonomi, dan menyebarkan kesedaran sosial.

PRINSIP PEMASARAN

11/2/20243 min read

MANAFAAT PEMASARAN KEPADA PERNIAGAAN
MANAFAAT PEMASARAN KEPADA PERNIAGAAN

Pernah tak anda tertanya-tanya, apa sebenarnya peranan pemasaran di dalam kehidupan kita sehari-hari? Mungkin ramai yang anggap pemasaran ini sekadar iklan di TV, promosi di dalam media sosial, atau poster diskaun besar-besaran. Tapi, sebenarnya pemasaran lebih daripada itu. Pemasaran bukan sekadar nak tarik pelanggan beli produk, tapi ia turut memberi impak yang besar kepada organisasi, pihak-pihak berkepentingan, dan masyarakat secara keseluruhannya.

Mari kita mulakan dengan satu senario: Anda buka aplikasi Foodpanda untuk memesan makanan. Kenapa kita pilih aplikasi tu dan bukan dengan cara yang lain? Jawapannya ada kerana pemasaran yang cekap dan nilai yang diberikan oleh aplikasi itu. Pemasaran bukan sahaja memahami kehendak pelanggan, tetapi juga memberi penyelesaian yang memudahkan hidup kita. Selain itu, pemasaran yang bijak bukan sahaja menguntungkan syarikat, tetapi turut mencipta peluang dan manfaat kepada pelbagai pihak. Best kan?

Di dalam artikel kali ini, kita akan kupas dengan mendalam bagaimana pemasaran sebenarnya berfungsi untuk kebaikan semua—dari syarikat itu sendiri, kepada pekerja, pelanggan, rakan niaga, dan juga masyarakat. Teruskan membaca sampai habis, sebab anda mungkin akan mula nampak pemasaran ini dari perspektif yang lebih menarik dan luas!

manafaat pemasaran kepada syarikat
manafaat pemasaran kepada syarikat

1. Manfaat kepada Syarikat

Pemasaran adalah nadi utama kepada masyarakat. Ia membantu syarikat memahami siapa pelanggan mereka, apa yang pelanggan nak, dan macam mana nak bagi pelanggan rasa puashati dengan pembelian mereka. Bila syarikat faham keperluan pelanggan, mereka boleh merancang strategi yang lebih tepat dan berkesan.

Contoh yang mudah ialah Foodpanda. Pernah tak anda terfikir kenapa kita rasa suka sangat menggunakan aplikasi ini? Itu kerana FoodPanda tahu, sebagai pengguna, kita mahukan kemudahan dan kepantasan. Maka, mereka mengunakan pemasaran untuk membuat aplikasi yang mudah dan boleh dipercayai, dengan pelbagai pilihan restoran dan makanan yang menarik. Jadi, hasilnya? Pelanggan puas hati, dan syarikat pula dapat keuntungan. Win-win!

2. Manfaat kepada Pihak Berkepentingan

Selain syarikat, pemasaran juga memberikan manafaat besar kepada pihak-pihak berkepentingan yang lain. Jom kita tengok siapa yang untung daripada pemasaran yang cekap, bijak dan berkesan!

Pelanggan

Bayangkan kalau tiada pemasaran, macam mana kita nak tahu produk mana yang terbaik atau promosi yang tengah hangat dipasaran? Maka, dengan adanya pemasaran, pelanggan jadi lebih berinformasi. Sebagai contoh, Shopee atau Lazada memudahkan pelanggan untuk buat pilihan yang bijak, dengan adanya review, perbandingan harga, dan pelbagai pilihan. Jadi, pemasaran bukan sahaja untuk "jual" produk, tapi turut membantu pelanggan membuat keputusan terbaik untuk kewangan dan citarasa mereka.

Pekerja


Bila syarikat berkembang hasil daripada strategi pemasaran yang bagus, ia turut membawa faedah kepada pekerja. Lebih banyak peluang pekerjaan dicipta, dan syarikat mampu menawarkan gaji yang lebih baik dan manfaat yang menarik. Pekerja juga lebih bersemangat bekerja di dalam syarikat yang dihargai oleh pelanggan.

Pembekal dan Rakan Kongsi


Bagi pembekal, pemasaran bermaksud permintaan untuk produk mereka kekal tinggi. Contohnya, bila restoran buat promosi menu baru, mereka perlukan lebih banyak bahan mentah daripada pembekal. Ini menjadikan hubungan perniagaan mereka lebih kukuh dan saling menguntungkan.

manafaat pemasaran kepada masyarakat dan ekonomi
manafaat pemasaran kepada masyarakat dan ekonomi

3. Manfaat kepada Masyarakat dan Ekonomi

Akhir sekali, mari kita lihat bagaimana pemasaran membawa manfaat yang lebih besar kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Menggalakkan Inovasi


Persaingan di antara syarikat di dalam pemasaran adalah satu bentuk persaingan sihat. Syarikat berlumba-lumba untuk menawarkan produk yang lebih baik, lebih berinovasi, dan harga yang lebih berpatutan. Contohnya, lihatlah bagaimana telefon pintar berubah dan berkembang saban tahun. Itu semua hasil inovasi yang didorong oleh persaingan di dalam pemasaran.

Menyumbang kepada Ekonomi


Aktiviti pemasaran yang pesat juga memberi kesan langsung kepada ekonomi. Lebih banyak syarikat memasarkan produk mereka, lebih ramai orang akan membeli. Ini meningkatkan perbelanjaan pengguna, membuka peluang pekerjaan baru, dan mengembangkan industri seperti logistik dan perkhidmatan. Contoh mudah dengan populariti konsep e-dagang ketika ini, ia sekaligus turut merancakkan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran. Maka, syariakt e-dagang dan logistik kini telah menjadi industri besar dan menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.

Kesedaran Sosial dan Kelestarian


Akhir-akhir ini, pemasaran juga menjadi platform untuk syarikat menyampaikan mesej penting seperti kelestarian alam sekitar. Syarikat-syarikat besar mula menjalankan kempen kesedaran yang menggalakkan penggunaan sumber yang lebih mesra alam atau gaya hidup sihat. Sebagai contoh, kempen yang mempromosikan pengurangan penggunaan plastik memberi impak positif kepada masyarakat dan persekitaran kita.

Kesimpulan

Jadi, sekarang kita tahu yang pemasaran bukan sekadar aktiviti "jual barang". Ia adalah proses yang membantu syarikat memahami pelanggan mereka, mencipta produk yang relevan, dan akhirnya memberi manfaat kepada semua pihak—daripada pelanggan, pekerja, pembekal, hingga masyarakat secara keseluruhannya. Pemasaran yang baik memberi nilai bukan sahaja kepada syarikat tetapi kepada kita semua.

Semoga artikel ini memberi anda perspektif baru tentang pemasaran dan bagaimana ia memberi impak di dalam kehidupan kita. Siapa tahu, mungkin lepas ni anda akan mula menghargai betapa pentingnya pemasaran di dalam dunia moden ini!