
Ramai peniaga tempatan rugi kerana pelanggan jumpa pesaing-pesaing mereka dulu. Dengan strategi Local SEO + AI Marketing, saya bantu anda muncul di hadapan pelanggan yang sedang mencari servis anda — secara organik dan berterusan.
✅ Sesuai untuk peniaga mikro, kecil & sederhana
✅ Tak perlu kemahiran teknikal tinggi
✅ Sesuai untuk perniagaan servis, klinik, restoran, kontraktor, butik & banyak lagi
Dapatkan Audit Perniagaan Anda Secara Percuma!
- Ketahui kedudukan sebenar perniagaan anda di Google dan apa yang perlu diperbaiki.
Kenapa pelanggan susah nak jumpa bisnes anda di Google & AI?
Ramai usahawan sudah mempunyai profil perniagaan secara digital, tapi masih belum nampak hasil. Masalahnya bukan pada platform — tetapi pada cara ia diurus dan dioptimumkan.
Berikut antara punca utama:
Profil Google Business tidak lengkap atau tidak dikemas kini.
Website atau pautan bisnes tidak mesra carian (SEO lemah).
Tiada strategi kandungan tempatan (lokasi, ulasan, gambar).
Hanya bergantung kepada iklan berbayar yang cepat habis bajet.
💡 Berita Baik!
Dengan strategi yang betul, pelanggan akan jumpa anda secara automatik setiap kali mereka cari servis berkaitan — tanpa anda perlu kejar mereka.
Pakej Yang Ditawarkan
Saya tawarkan pakej Local SEO & AI Marketing yang paling bersesuaian dengan matlamat yang anda ingin capai dan dengan bajet yang anda mampu.
MEMBANGUN DAN MENGOPTIMAKAN LAMAN WEB
Saya akan membantu perniagaan anda dengan mencipta laman web yang dioptimumkan untuk local SEO - mempunyai laman/peta lokasi, local schema-markup dan meletakkan kata kunci penting di tajuk, deskrispi meta dan Alt Text.
Saya akan bantu anda mengoptimakan Profile Perniagaan Google supaya perniagaan anda dipaparkan di kedudukan teratas Google dan akan dipilih oleh pelanggan, berbanding pesaing anda.
MENGOPTIMAKAN PROFIL PERNIAGAAN GOOGLE
PENULISAN KANDUNGAN
Saya akan bantu anda menulis artikel blog, ebook, kandungan media sosial yang mensasarkan audien setempat, bagi meningkatkan visibiliti perniagaan anda di hasil carian Google & aplikasi AI (ChatGPT, DeepSeek etc).
PEMBINAAN SEBUTAN TEMPATAN (LOCAL CITATION)
Saya akan bantu mendaftarkan perniagaan anda di direktori-direktori perniagaan popular yang ada kaitan dengan perniagaan anda. Antaranya di Tripadvisor, Yelp, dan Mudah.
Termasuk, memastikan sebutan anda tepat dan konsisten di semua platform yang dipilih (termasuk platform media sosial anda).
PENGURUSAN REPUTASI
Saya akan bantu perniagaan anda mendapatkan ulasan, menjawab setiap ulasan dan memastikan setiap ulasan negatif ditangani dengan beradab dan profesional.
MENGURUS IKLAN DI GOOGLE
Saya akan bantu anda melancar dan mengurus iklan di Google dengan mensasarkan pelanggan setempat.
Siapa Saya?
Saya Dr. Kamisah Kormin, seorang perunding pemasaran yang membantu peniaga tempatan membina kehadiran digital melalui strategi Local SEO & AI Marketing.
Saya percaya setiap perniagaan berhak dilihat dan dijumpai pelanggan mereka — tanpa perlu bergantung kepada iklan mahal. Dengan pengalaman saya di dalam dunia pemasaran dan pendidikan, pendekatan saya lebih kepada mendidik dan membimbing, bukan sekadar menjual servis.
“Apabila pelanggan mudah jumpa anda, perniagaan anda akan mula berkembang — secara semula jadi.”


”Saya sangat mengesyorkan Dr.K untuk sebarang keperluan Local SEO. Kepakaran dan dedikasi beliau membantu perniagaan saya mencapai tahap yang lebih tinggi”
- Dr. Shaharudin, Pemilik DrKool Cafe & Caterer


”Saya menjalankan perniagaan penjagaan rumput dan landskap. Sebelum ini, susah untuk saya mendapatkan pelanggan dari kawasan sekitar kerana saingan yang ramai. Selepas menggunakan servis Local SEO yang ditawarkan oleh Dr.K, saya melihat peningkatan yang ketara dalam panggilan dan tempahan dari pelanggan baru. Dr.K sangat profesional dan memahami keperluan perniagaan kecil seperti saya"
- Puan Ain Zainal, Pemilik ZBS Landscape
Soalan Yang Sering Ditanya
1. Apakah servis yang terkandung di dalam Local SEO & AI Marketing?
Perkhidmatan Local SEO & AI Marketing biasanya terdiri daripada:
Mengoptimuman Profil Perniagaan Google
Mendaftarkan perniagaan anda di direktori-direktori perniagaan yang berkaitan dan memastikan maklumat perniagaan anda konsisten disetiap direktori tersebut.
Mengoptimakan laman web untuk carian tempatan. Ini meliputi membina laman khusus untuk setiap servis yang ditawarkan kepada penduduk tempatan, meletakkan kata kunci penting di tajuk, deskripsi, dan imej. Selain itu, dengan menambahkan local schema markup supaya enjin carian dapat memahami perniagaan dengan baik.
Penciptaan kandungan menyasarkan audien tempatan dan aplikasi AI.
Pengurusan ulasan (menggalakkan dan memberi respon kepada ulasan)
Pengurusan iklan di Google yang mensasarkan penduduk tempatan
Perlu diingatkan bahawa anda tidak semestinya mengaplikasikan semua taktik diatas. Taktik yang digunakan bergantung kepada bajet yang anda miliki. Namun begitu, untuk memastikan anda berjaya mendapatkan pelanggan dengan jauh lebih ramai, disyorkan untuk menggunakan semua taktik-taktik yang dinyatakan di atas.
3. Berapa lama untuk melihat keberkesanan local SEO & AI Marketing?
Jangka masa untuk melihat hasil daripada taktik Local SEO & AI Marketing adalah berbeza-beza bergantung kepada daya saing industri dan kedudukan semasa kehadiran digital anda. Tetapi biasanya, anda boleh menjangkakan untuk melihat hasilnya dalam masa 3 hingga 6 bulan.
4. Bolehkah Local SEO & AI Marketing membantu perniagaan saya disenaraikan di Google Maps pack dan aplikasi carian AI?
Ya, salah satu matlamat utama Local SEO & AI Marketing adalah untuk menyenaraikan perniagaan anda dalam pek Peta Google (juga dikenali sebagai pek 3) dan juga aplikasi AI seperti ChatGPT dan Perplexity, yang boleh meningkatkan keterlihatan anda dengan ketara dan menarik lebih ramai pelanggan tempatan.
7. Bolehkah saya melakukan sendiri Local SEO Local SEO & AI Marketing saya sendiri?
Ya, mungkin. Walau bagaimanapun, Local SEO & AI Marketing memerlukan kerja dan kepakaran yang berterusan. Dan, saya yakin anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja promosi dan kerja hakiki anda. Maka, oursource kepada penyedia perkhidmatan Local SEO & AI Marketing adalah keputusan yang lebih bijak.
5. Bagaimana untuk menjejaki keberkesanan kempen Local SEO?
Saya menggunakan pelbagai alat dan metrik untuk menjejaki kejayaan kempen Local SEO & AI Marketing, termasuk kedudukan carian tempatan, trafik tapak web, kadar penukaran dan cerapan di Profil Perniagaan Google. Saya menyediakan laporan tetap untuk memaklumkan anda tentang kemajuan saya.
6. Berapakah kos Local SEO & AI Marketing?
Kos berbeza-beza bergantung pada pakej perkhidmatan dan keperluan perniagaan anda.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan profil perniagaan Google dan mengapa ia sangat penting?
Profil Perniagaan Google ialah alat percuma yang disediakan oleh Google untuk membolehkan perniagaan membuat profil mereka sendiri di Google. Melalui profil ini, maklumat penting tentang perniagaan, seperti nama, alamat, waktu operasi, nombor telefon, laman web, dan gambar, boleh dipaparkan di hasil carian Google dan Google Maps. Profil Perniagaan Google sangat penting untuk meningkatkan visibiliti dalam talian, membina reputasi yang kukuh, dan membantu perniagaan tempatan berkembang melalui carian yang lebih mudah diakses oleh pengguna.
8. Perniagaan apakah yang akan mendapat manafaat daripada Local SEO & AI Marketing?
Local SEO & AI Marketing boleh memanfaatkan pelbagai perniagaan, terutamanya perniagaan yang bergantung pada menarik pelanggan dari kawasan geografi tertentu. Berikut ialah beberapa jenis perniagaan yang boleh mendapat manfaat dengan ketara daripada Local SEO & AI Marketing:
✅ Klinik & Doktor Pergigian
✅ Restoran & Kafe
✅ Bengkel Kereta & Kedai Spare-Part
✅ Tukang Paip, Juruelektrik & Jurulandskap
✅ Kedai Dobi & Cucian Kereta
✅ Spa & Salun Kecantikan
✅ Kontraktor rumah, Ejen Hartanah & Perunding Kewangan
✅ Firma guaman
Kesimpulannya, semua perniagaan yang menjual produk atau servis kepada penduduk setempat adalah sangat-sangat memerlukan strategi Local SEO & AI Marketing.


