Cara Melakukan Audit Local SEO Yang Menyeluruh

Artikel ini memberikan panduan komprehensif bagaimanan membuat audit Local SEO (SEO tempatan) untuk profil perniagaan anda. Sekiranya perlukan bantuan, hubungi kami untuk konsultasi percuma.

PEMASARAN DIGITALLOCAL SEO

Dr. Kay

audit local SEO Tempatan
audit local SEO Tempatan

Di dalam dunia Internet yang sangat pesat seperti hari ini, kehadiran di dalam talian bagi perniagaan tempatan adalah amat penting. Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kehadiran di dalam talian anda adalah melalui optimasi enjin carian tempatan atau Local SEO. Bagaimanakah anda boleh memastikan keupayaan optimasi Local SEO anda? Jawapannya adalah dengan melakukan audit Local SEO yang komprehensif.

Untuk panduan lebih lengkap bagi mengoptimakan Local SEO, sila baca artikel ini 'Optimisasi Local SEO: Strategi Ampuh Tarik Pelanggan Setempat'.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan senarai tugas tentang bagaimana untuk melaksanakan audit Local SEO yang menyeluruh.

1. Kenalpasti Kata Kunci Tempatan yang Relevan

  • Pertama sekali, anda perlu mengenal pasti kata kunci tempatan yang relevan dengan perniagaan anda. Misalnya, jika anda memiliki restoran di Kuala Lumpur, kata kunci seperti "restoran di Kuala Lumpur" atau "makanan tempatan Kuala Lumpur" mungkin menjadi pilihan yang sesuai.

  • Oleh itu, audit carian lokal melibatkan penyelidikan kata kunci lokal, menilai volum carian dan persaingan mereka. Gunakan alat-alat penyelidikan katakunci seperti Google Keyword Planner, AnswerThePublic dan Keyword Tool untuk mencari kata kunci terbaik untuk perniagaan anda.

  • Katakunci-katakunci penting yang dipilih mestilah digunakan di deskripsi profil perniagaan, di kandungan pos profil perniagaan, di artikel blog, dan juga keseluruhan laman web.

Google Autosuggest adalah antara sumber mencari kata kunci yang terbaik untuk perniagaan anda.

2. Semak Prestasi Laman Web

  • Audit Local SEO juga melibatkan pemeriksaan prestasi laman web anda. Ini termasuk masa muat yang pantas, reka bentuk yang responsif, dan pengalaman pengguna yang baik. Sebagai contoh, pastikan laman web anda dimuat turun dengan cepat, terutama pada peranti mudah alih, kerana kecepatan muat turun laman adalah faktor penting dalam penarafan enjin carian. Gunakan Google's PageSpeed Insights tool untuk tujuan ini.

  • Selain itu, optimumkan kandungan laman web anda untuk kata kunci tempatan. Sertakan bandar dan negeri anda di seluruh laman web, terutamanya di dalam tajuk, dan perihalan meta. Untuk tukang paip di Johor Bahru, misalnya, tag tajuk mereka mungkin "Perkhidmatan Paip Johor Bahru | Pembaikan pantas & boleh dipercayai.

Contoh laporan prestasi laman web yang diperolehi daripada Google's Page Speed Insight.
Contoh laporan prestasi laman web yang diperolehi daripada Google's Page Speed Insight.

Contoh laporan prestasi laman web yang diperolehi daripada Google's Page Speed Insight.

3. Tuntut dan Optimumkan Profil Perniagaan Google

  • Tuntut dan sahkan Profil Perniagaan Google (GBP) anda. Ini penting untuk dipaparkan di dalam Peta Google dan hasil carian setempat.

  • Pastikan maklumat GBP anda tepat dan terkini, termasuk nama perniagaan, alamat, nombor telefon, laman web dan kategori anda.

  • Tambahkan foto dan video berkualiti tinggi yang mempamerkan perniagaan dan perkhidmatan anda.

  • Sentiasa kemas kini profil anda dengan siaran, tawaran istimewa dan balas ulasan pelanggan.

  • Untuk panduan lengkap mengoptimakan Profil Perniagaan Google, sila baca eBuku yang telah saya sediakan di laman web ini.

4. Semak Petikan (Citation) Di Senarai Direktori Tempatan

  • Petikan adalah sebutan di dalam talian mengenai nama perniagaan, alamat, dan nombor telefon (NAP) anda di pelbagai direktori dan laman web.

  • Antara direktori penting untuk petikan perniagaan adalah Facebook, Yelp, Yellow Pages, Apple Maps, Klook dan Traveloka.

  • Gunakan alat pengurusan petikan percuma dan berbayar untuk mencari petikan sedia ada dan mengenal pasti peluang untuk petikan yang baru. Antara alat pengurusan petikan yang popular adalah Moz Local.

  • Pastikan maklumat NAP anda konsisten merentas semua direktori. Ketidak konsistenan boleh memberi kesan negatif kepada Local SEO anda.

local SEO for restaurant
local SEO for restaurant

Untuk meningkatkan visibiliti, perniagaan restoran perlu mendaftarkan perniagaan mereka di direktori popular yang berkaitan dengan makanan dan penjelajahan seperti Yelp, Klook dan Tripadvisor.

5. Semak Kandungan Tempatan Anda

  • Pastikan kandungan di laman web anda menyasar audien tempatan dan mengandungi kata kunci tempatan yang relevan. Sebagai contoh, jika anda merupakan tukang paip di Johor Bahru, pastikan kandungan di laman web anda menyentuh aspek-aspek unik mengenai perpaipan Johor Bahru dan perkara-perkara yang berkaitan.

6. Pantau Ulasan dan Maklum Balas

  • Ulasan dari pelanggan tempatan boleh memainkan peranan penting di dalam penarafan tempat perniagaan anda dalam enjin carian tempatan.

  • Pantau dan balas ulasan dalam talian di Google, Yelp, Facebook, Klook, Traveloka dan platform lain yang berkaitan.

  • Galakkan pelanggan yang berpuas hati untuk meninggalkan ulasan positif.

  • Tangani ulasan negatif dengan segera dan profesional.

7. Audit Pautan Balik Tempatan

  • Pautan balik atau backlink ialah pautan dari satu laman web ke laman web yang lain. Pautan balik adalah seperti undian kredibiliti yang diberikan oleh laman web lain. Lebih banyak pautan balik dari laman web berkualiti tinggi yang anda miliki, lebih tinggi laman web anda berkemungkinan mendapat kedudukan di dalam hasil carian.

  • Sekiranya laman web anda mendapat pautan balik daripada laman web tempatan yang berkualiti, ia boleh meningkatkan prestasi Local SEO anda.

  • Sehubungan itu, anda perlu tinjau pautan-pautan balik yang anda perolehi dan usahakan untuk mendapatkan lebih banyak pautan balik dari laman web tempatan yang relevan dengan perniagaan dan lokasi anda.

8. Analisis Pesaing-Pesaing

  • Audit Local SEO yang menyeluruh termasuk analisis profil perniagaan Google pesaing-pesaing, ulasan, kata kunci, dan strategi Local SEO mereka secara keseluruhan.

  • Memahami bagaimana pesaing berprestasi di dalam carian lokal memberikan maklumat tentang ruang untuk peningkatan dan cara untuk mengatasi mereka.

9. Cadangan dan Pembangunan Pelan Tindakan

  • Berdasarkan penemuan audit anda, buat senarai cadangan untuk penambahbaikan.

  • Bangunkan pelan tindakan dengan tugas tertentu, tarikh akhir, dan pihak yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

10. Jejaki Prestasi Local SEO

  • Jejaki prestasi Local SEO anda dari semasa ke semasa.

  • Gunalan alatan seperti Moz Local atau Google Search Console untuk memantau kedudukan anda untuk kata kunci tempatan yang berkaitan.

Dengan mengikuti senarai tugas ini, anda dapat melaksanakan audit Local SEO yang menyeluruh untuk meningkatkan kehadiran dalam talian perniagaan tempatan anda. Ingatlah untuk sentiasa mengemaskini dan menyemak semula strategi SEO anda secara berkala untuk memastikan keberkesanan yang berterusan.

Untuk pemahaman yang lebih komprehensif, sila baca artikel ini 'Optimasi Local SEO: Strategi Ampuh Tarik Pelanggan Setempat'.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat percuma berkaitan strategi Local SEO untuk perniagaan anda, hubungi kami di nombor hubungan di bawah.